~PanDuan MenJadi IsTeri SoLehaH~



Daripada Imam Ahmad dan Imam Muslim, daripada Umar .a., Rasulullah sallallahualaihi-wasallam bersabda : “Bermula dunia ini ialah kesukaan dan keseronokan dan sebaik-baik kesukaan itu ialah perempuan yang solehah.”

Dalam sebuah hadis yang Rasulullah sallallahualaihiwasallam bersabda: “Mahukah kamu aku beritahu dari hal sebaik-baik barang yang perlu disimpan oleh seorang lelaki?” Iaitu isteri yang solehah. Jika suami melihat kepadanya diaakan gembira , jika suaminya menyuruh sesuatu dia akan taati dan jika suami tiada di rumah dia akan menjaga harta suaminya dan memelihara kehormatan dirinya.” (hari:Ibnu Majah)

Isteri yang solehah itu selalu memerhatikan akan tanggungjawabnya sebagai isteri, ia hanya berbuat sesuai dengan ketentuan Allah. Di antara ciri-ciri isteri solehah itu ialah bertanggungjawab terhadap kerja-kerjanya. Pada dasarnya kewajipan isteri solehah itu ialah: 


1. Patuh dan taat kepada suami yang soleh 

Rumahtangga bahagia sebenarnya terletak pada isteri yang solehah. Ia taat kepada perintah Allah dan Rasul serta setia kepada suami yang soleh. 

“Wanita yang solehah ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri (tidak berlaku curang serta memelihara rahsia dan harta suaminya ) di belakang suaminya, oleh kerana Allah telah memelihara mereka…” 

(Surah An-Nisa’:34)

Isteri yang solehah itu di samping patuh kepada perintah Allah dan Rasulullah sallallahualaihi-wasallam, ia patuh terhadap suaminya dan menyimpan segala rahsia baik diluar rumah mahupun di dalam rumah. Ia selalu tersenyum dan menunjukkan muka manis terhadap suaminya. Tabiatnya yang baik itu menambah kasih sayang suaminya terhadapnya. Ia tidak pernah membantah kata-kata suaminya yag baik, semuanya dikerjakan dengan patuh kerana Allah. 

Isteri yang baik apabila berkata dengan suaminya dengan suara yang lemah lembut dan penuh kesopanan . Begitu pula tidak boleh memerintah kepada suami, kecuali diucapkan dengan suatu yang baik sebagai suatu pertolongan. Walau bagaimanapun, ketaatan isteri terhadap suami tidak dalam semua perkara. Sekiranya perintah suami boleh membawa dosa, maka isteri dibenarkan membantah. 

Rasululllah bersabda, “Jika diizinkan seorang manusia sujud kepada manusia,tentu aku akan suruh wanita-wanita sujud kepada suaminya lantaran begitu besar Allah jadikan hak lelaki keatas wanita” 


2. Menguruskan rumahtangga 

Seorang isteri Muslimah disuruh oleh Allah agar sentiasa berada dirumah dan tidak boleh pergi kemana-mana sesuka hati tanpa izin suami. Duduk dirumah bukan bererti hanya berdiam diri sahja tetapi mengerjakan tugas sebagai isteri. 

Hikmah daripada perintah Allah tersebut iaitu, supaya para isteri dapat menjaga dan mendidik anak secara lebih sempurna ketika suami mencari rezeki. Disamping itu isteri dapat melakukan pekerjaan rumah seperti menghias rumah dan sebagainya.Walaupun ianya nampak remeh, tetapi ianya amat bermanfaat untuk menjamin keharmonian keluarga. 


3.Berhias untuk suami 

Menghias diri merupakan kegemaran wanita. Namun kadangkala wanita yang tidak faham akan kewajipannya,ia berhias diri ketika akan keluar rumah. Tetapi ketika di rumah ia dalam keadaan tidak bersih, kadangkala ramutnya pun tidak terurus. Padahal di dalam Islam menganjurkan supaya isteri berhias hanya untuk suami. 

Tujuan isteri berhias ketika di rumah ialah supaya suami terhibur. Jika suami pulang dari tempat kerja dalam keadaan letih dengan melihat isteri dalam keadaan berseri-seri serta pakaian yang bersih, maka ia menjadi penawar kepada suami. Sehingga keletihan dalam mencari rezeki tadi menjadi hilang, dan bertambahlah kasih sayangnya terhadap isteri. menjadi hilang, dan bertambahlah kasih sayangnya terhadap isteri. 

Sabda Rasulullah SAW: 
“Dari Jabir ra. Ia berkata: Kami pernah pergi bersama-sama Rasulullah di dalam satu peperangan. Ketika kami sampai ke Madinah, kami ingin masuk ke rumah masing-masing. Maka Rasulullah SAW pun bersabda: Bersabarlah, iaitu masuklah pada waktu malam iaitu selepas Isyak, supaya isteri dapat bersikat rambutnya yang kusut dan supaya ia dapat berhias kerana telah lama telah ditinggalkan suaminya.” 

(hari:Muttafaqun Alaihi)

Berhias bukan sahaja bagi menyambut kepulangan suami dari tempat kerja tetapi juga ketika suami ada di rumah. Wanita Islam hanya boleh berhias untuk dirinya sendiri dan untuk suaminya. Berhias mestilah dilakukan secara besederhana , kerana tujuan berhias agar ia kelihatan bersih dan senang dilihat oleh suami.
 

4. Melayani suami 

Hubungan seks merupakan penawar kebahagiaan rumahtangga. Ia dipandang sebagai punca keharmonian rumahtangga. Oleh sebab itu isteri hendaklah memberikan layanan yang baik kepada suami dan tidak boleh menolak kemahuan suaminya . 

Seorang isteri akan dikutuk oleh malaikat apabila ia menolak kemahuan suaminya sehinggalah suaminya reda kepadanya. Mungkin dalam keadaan tertentu isteri boleh menolak kemahuan suaminya seperti dalam keadaan sekit, atau dalam keadaan yang dilarang oleh syara’ untuk melakukan persetubuhan seperti dalam keadaan haid dan sebagainya. 


5. Berpakaian menurut ajaran Islam 

Isteri yang menutup auratnya merupakan isteri yang solehah, ramai wanita pada zaman sekarang ini yang berpakaian tetapi telanjang kerana ia menutup bahaian tertentu sahaja, kalau menutup semua pun tetapi bentuk badannya tetap nampak jelas. 

Allah SWT berfirman, ertinya: 
“Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah sebagai perhiasan. Dan pakaian taqwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian daripada tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat.” 

(Surah Al-A’raar:26)

Jilbab merupakan satu fesyen pakaian wanta Islam yang menutup tubuh atau sebahagian besar badan wanita di sebelah atas, kecuali muka dan tapak tangan. Jilbab tidak menampakkan tubuh badan. Allah memerintahkan supaya berpakaian demikian supaya dapat membezakan antara wanita beriman dan tidak beriman, ia juga supaya terhindar dari golongan munafik. 

Firman Allah yang bermaksud: 
“Hai Nabi, katakanlah kepada isteri- isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: “Hendaklah mereka mengulurkan Jilbab mereka ke seluruh tubuh mereka.”Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Penganmpun lagi Maha Penyayang.” 
(Surah Al-Ahzab:59)


6. Memberi motivasi terhadap cita-cita suami 

Isteri yang solehah adalah isteri yang mahu menjadi teman berunding bagi suami dan menjadi sahabat dalam menyelesaikan pelbagai masalah. Itulah hubungan suami isteri itu diertikan orang sebagai “teman hidup”.Jika suami menghadapi masalah untuk mencapai cita-citanya dan cita-cita keluarga maka bermotivasilah kepadanya dan hiburkanlah hatinya . 

Isteri teladan disamping ia memberi dorongan dan bermotivasi kepada suami ia juga merupakan sumber ilham bagi suami. Ini membuatkan hati suami tenteram apabila bersama isteri dan segala masalah dihadapinya bersama-sama. 




mudah2han aku dipermudahkan segalanya
oleh Allah untuk
menempuh segala dugaan & cabaran kehidupan
 sebagai isteri
amin :)



Di antara ciri-ciri isteri solehah yang lain ialah: 

~ Mentaati Allah SWT dan mengerjakan segala perintah suami selagi tidak melanggar perintah Allah.
 
~Bersikap malu terhadap suami. 

~ Berdiam diri ketika suami sedang berkata-kata, baru berbicara setelah ia selesai berbicara. 

~ Berdiri tegak sebagai tanda hormat semasa ia datang dan pergi. 

~ Sentiasa menyerahkan diri kepadanya apabila ia memerlukannya. 

~ Memakai wangi-wangian di hadapan suami.
 
~ Menjaga mulut daripada bau-bauan yang tidak menyenangkan. 

~ Tidak mengkhianati dan berlaku curang terhadapnya ketika ketiadanya suami. 

~ Sentiasa menghormati keluarga suami .
 
~ Bersyukur di atas apa yang disediakan oleh suami. 

~ Tidak berpuasa sunat tanpa kebenaran suami. 

~ Tidak keluar rumah kecuali dengan izin suami.

~ FaceBook Punca PenCeraiaN ??? ~





Benarkah kadar penceraian di Malaysia meningkat angkara laman sosial terbesar di dunia sekarang ini, Facebook?
Memang tidak ada kajian khas dilakukan dalam menangani isu ini sebenarnya, namun, jika dilihat secara rambang, jaringan sosial dalam Internet seperti Facebook, Twitter dan Myspace ternyata boleh mendatangkan mudarat kepada keharmonian rumah tangga jika penggunaannya disertai dengan niat yang salah.
Menurut maklumat Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), sebanyak 27,110 kes perceraian telah direkodkan daripada 135,136 perkahwinan yang telah didaftarkan pada tahun 2009.
Punca utamanya ialah pasangan gagal menjalankan tanggung jawab masing-masing. Walaupun tidak diperincikan bentuk kegagalan tersebut, sedikit sebanyak jelas pengabaian tanggung jawab itu memang ada hubung kait dengan ‘ketagihan’ sama ada suami atau isteri dengan laman web sosial masing-masing.
Itu tidak termasuk kes-kes nyaris bercerai kerana salah faham dan cemburu dari hasil hubungan sama ada suami atau isteri di laman Facebook masing-masing.
Di Amerika Syarikat, satu kaji selidik dari Akademi Pengacara Perkahwinan Amerika (AAML) harus diberi perhatian. Hasil kajian mereka menemukan bukti jumlah perceraian meningkat gara-gara aktiviti suami atau isteri di Facebook, Myspace dan Twitter.
Presidennya, Marlene Eskind Moses, berkata, sebarang komen yang diletakkan oleh bekas pasangan akan gunakannya sebagai bukti di mahkamah.
Kajian tersebut juga mendapati pasangan yang sedang dalam proses perceraian atau perebutan hak penjagaan anak akan turut mengadu hal tersebut pada rakan di jaringan sosial.
Antara kenyataan Marlene Eskind Moses :
“Dalam satu kes yang pernah berlaku, seorang wanita yang bercerai ingin menuntut hak penjagaan anaknya telah kehilangan hak tersebut kerana dia memberitahu mahkamah dia sudah bertunang dengan pasangan baru.
“Padahal di Facebook dia mengatakan dia sudah berpisah dengan teman lelaki yang suka menderanya dan kini sedang mencari lelaki kaya sebagai ganti.
“Saya memang terkejut bagaimana seorang itu tidak berfikir dahulu sebelum menaip di Facebook masing-masing terutama mereka yang dalam proses perbicaraan mahkamah,”
Mengikut perincian yang diperolehi daripada data kajian AAML, 66 peratus kes perceraian adalah dari Facebook, Myspace 15 peratus dan Twitter (lima peratus).
Maka tidak hairanlah, beberapa ulama Mesir mengeluarkan fatwa mengharamkan Facebook, kerana kesan negatifnya kepada pasangan suami isteri.
Kita kalau nak main Facebook, kalau dengan niat yang salah memang boleh meruntuhkan rumahtangga. Mula-mula join Facebook, pastu cari balik awek-awek lama, yang si isteri pulak, cari balik pakwe lama. Nak tengok perkembangan terkini kononnya.
Tapi dalam secara tak sengaja, boleh minumbulkan kembali nostalgia.Kena pulak dengan hubungan suami isteri tengah tegang, akibat tidak puas dan sebagainya, mula la jadikan pakwe/makwe lama jadi tempat mengadu. Akhirnya, maruah tergadai, anak-anak terbiar, dan cerai.
Banyak kali skrip macamni diulang-ulang.Yang penting, apakah niat kita sebenarnya.Samada nak cari kawan, atau nak cari padah, itu anda tentukan.

Persoalannya, kenapa anda ber-facebook?



~MeRasai KeBahaGiaaN~


orang yang dicintai akan merasa Bahagia
Bahagianya bukan kerana cinta
tetapi dia dicintai kerana Bahagianya

apa itu Bahagia?? dimana Bahagia??
adakah Bahagia datang kerana nasib??
orang kaya sajakah yang Bahagia??
orang yang berjaya sajakah yang berasa gembira??

Tidak Tidak Tidak!!!
semua orang berhak merasa Bahagia
Bahagia bukan bergantung pada nasib
Bahagia bukan pada keadaan
Bahagia bergantung pada bagaimana nasib & keadaan itu diterima

usah dikata "Saya tidak Bahagia , Saya tidak gembira"
kerana....kalau begitulah yang dikata , maka begitulah yang dirasa , begitulah jadinya
kata-kata itu doa , doa yang dikota oleh Maha Pencipta

orang yang tidak merasa Bahagia , selalu terlupa dengan nikmat yang ada
orang yang tak Bahagia sentiase hendakkan apa yang tiada
yang tiada itulah yang dikira
yang ada di depan mata langsung tidak disyukurinya
pabila rasa syukur tiada , maka hilanglah rasa Bahagia

semua orang berhak Bahagia
sesiapa shaja boleh  Bahagia
untuk Bahagia tidak perlu kaya
Bahagia bukan hanya pada benda atau harta
Bahagia itu perasaanlah yang merasa
Bahagia itu pada kesedaran adanya

usahlah dipinta Bahagia pada sesiapa






KERANA BAHAGIA ITU ADA DALAM DIRI MANUSIA

~Pelangi Selepas Hujan~



Pernahkah sekali kita memahami alam?
Mengapa Tuhan hadirkan pelangi selepas hujan?
Mengapa Tuhan tumbuhkan bunga selepas kering-kontang? 
Hanya daripada benih hitam yang kusam, apabila disirami hujan lantas berbunga cantik. Maka tersenyumlah alam. Betapa indahnya aturan Tuhan.
Mengapa tidak ada hujan berpanjangan atau sinar mentari yang menyinari alam?
Mengapa harus ada putaran alam seperti hitam malam dihiasi bintang?
Mengapa untuk tidak ada sekaligus dalam satu masa?
Mengapa harus hilang sesuatu untuk sesuatu?

Jawabnya senang.





" Kerana tidak ada kemanisan tanpa ada kepahitan, dugaan dan rintangan. Mengecapi kebahagiaan memerlukan pengorbanan. Setiap kesenangan akan ada bayaran. Contohnya Tuhan hadirkan pelangi yang indah dan kicau burung yang menyanyikan kedamaian selepas hujan. "

 Biar hujan di dalam hati, pasti ada pelangi yang menanti. InsyaAllah.

~PeRasaaN Oh PeRasaaN~





1. Berhentilah membandingkan kehidupan Anda dengan kehidupan orang lain. Pada dasarnya apa yang Anda 'ketahui' tentang orang lain hanya berdasarkan praduga. Kita tidak akan pernah tahu apa yang benar-benar dipikirkan orang lain. Ingatlah, jangan karena Anda melihat sekelompok orang tertawa saat sedang hang out bareng bukan berarti mereka bersenang-senang. Kalau ada sepasang kekasih yang bermesraan di depan umum bukan berarti mereka tidak bertengkar di balik pintu. Anda tak bisa membuat penilaian tentang kualitas kehidupan dari apa yang Anda lihat dan cerita yang Anda dengar dari media massa.

2. Bicara tentang media, perhatikan apa yang Anda baca atau bagaimana itu mempengaruhi keyakinan dan perasaan Anda tentang kehidupan. Semua kisah di media itu dari saksi, disaring dan diedit. Kisah di media juga dilengkapi gambar yang bertujuan untuk mempengaruhi perasaan pembaca.


3. Belajarlah menikmati perasaan sepi. Bukan hal yang salah jika kita merasa kesepian. Kesepian bukan berarti Anda orang aneh atau kuper (kurang pergaulan). Kesepian adalah bagian alami dari sifat manusia. Saat sedang merasa kesepian, sadari kalau Anda tak benar-benar sendiri. Dengan cara ini akan membantu mengurangi rasa sepi itu.


4. Temukan sesuatu yang dapat Anda lakukan, sesuatu yang sangat Anda sukai. Temukan juga kelompok yang menyukai apa yang Anda sukai ini untuk selanjutnya melakukannya bersama-sama.


5 Bersabar. Bertemanlah dan kuatkan diri, membuat ikatan pertemanan butuh waktu.


6. Berpartisipasi dalam kegiatan untuk membantu orang-orang yang kurang beruntung. Dengan membantu orang lain juga meningkatkan kesempatan Anda untuk mendapatkan interaksi sosial yang berarti. Selain itu juga membantu Anda menemukan perspektif lain tentang arti penderitaan.


7. Ubah pikiran negatif dengan rasa syukur. Jika Anda terus menerus mengatakan pada diri sendiri 'Aku aneh. Aku tak punya teman. Aku sendirian. Semua orang menolakku,' maka kehidupan Anda akan tercetak seperti yang Anda pikirkan itu, dan Anda mengisolasi diri sendiri. Jadi daripada membuat pikiran negatif itu mempengaruhi diri Anda, sebaiknya mulai syukuri segala yang Anda miliki dan fokus pada hal itu.


8. Ingat, emosi itu seperti musim yang datang dan pergi dalam pikiran Anda. Hanya karena Anda sedang kesepian suatu hari, bukan berarti hari berikutnya akan tetap sama. 


9. Atasi perasaan iri, benci dan kemarahan dengan cara ikut konsultasi, meditasi yoga atau membawanya dalam doa. Jika ternyata Anda tidak berhasil mengatasi terkucil mungkin saatnya bagi Anda menemui psikiater, guru spiritual untuk mengubah diri Anda. Jangan biarkan emosi-emosi mengganggu itu jadi tak terkontrol.


10. Matikan komputer atau tinggalkan kesibukan Anda, mulailah berinteraksi dengan orang lain. Jangan hanya melakukan kontak dengan orang-orang di dunia maya, perasaan terkucil dapat diatasi jika Anda bertemu muka dengan orang lain.

~Sinopsis ::NaTraH antara Cinta::Rusuhan::Airmata~


MooD : MengHayaTi CeriTa NatRaH





Natrah atau Nadra Maarof adalah wanita keturunan Belanda yang menyebabkan Rusuhan Natrah di Singapura pada tahun 1950. Rusuhan ini terjadi kerana berbaur dengan sentimen agama dan warna kulit.

Bapanya Sarjan Adrianus Petrus Hertogh dan ibunya Adeline Hunter. Kakaknya Wiesje, Corrie. Adiknya Benny dan Karel.

* 1937 24 Mac Natrah dilahirkan di Tjimahi, Jawa, Indonesia dengan nama Bertha Hertogh atau Maria Huberdina Hertogh

* Disember 1942 Akibat kesempitan hidup, Bertha Hertogh diserahkan untuk dipelihara kepada Che Aminah Mohamad. Usia Natrah ketika itu 5 tahun.
Ibunya Adeline dan neneknya Nor Louisenya menyerahkan Bertha dan Benny kepada Che Aminah tanpa pengetahuan bapanya Sarjan Adrianus Petrus Hertogh kerana telah ditawan tentera Jepun.

* Che Aminah Mohamad atau Mak Minah seorang peniaga kain di Jawa yang berasal dari Kemaman, Terengganu. Menurut keterangan Natrah, Che Aminah bukan Babu atau pembantu rumah.
Maria Hertogh diberi nama Natrah dan hidup dalam suasana dan pendidikan Islam.

* 15 November 1945 Che Aminah membawa Natrah balik ke Kampung Banggol, Kemaman, Terengganu melalui Singapura kerana orang Indonesia ketika itu meluap-luap membenci orang kulit putih yang
dianggap bangsa penjajah.

* 1945 Bapa Natrah, Sarjan Hertogh dibebaskan selepas Hiroshima dan Nagasaki dibom dengan bom atom oleh Amerika. Dia balik ke Bandung, Jawa dan mencari anaknya Natrah.
Adeline dan Hertogh balik ke Belanda tanpa menemui Natrah. Usaha mencari diteruskan melalui teman-teman dan pegawai kerajaan Inggeris dan Belanda.

* September 1949 Natrah ditemui oleh Arthur Locke, Penasihat British di Terengganu sewaktu pertunjukan senaman di padang Sekolah Perempuan Melayu Chukai.

* 19 Ogos 1949 polis Semarang memberitahu Andrianus, Natrah berada di Kemaman.

* 12 April 1950 Che Aminah membawa Natrah ke Singapura atas perancangan dan muslihat Sarjan Hertogh.

* 22 Mei 1950 Ketua Hakim Mahkamah mengarahkan Natrah diletakkan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat,Singapura

* 24 April 1950 Natrah dihantar ke Girls Homecraft Centre, York Hill, Singapura

* 28 April Che Aminah membuat rayuan untuk mendapatkan balik hak penjagaan terhadap Natrah melalui peguambela Encik Ahmad Ibrahim daripada syarikat peguam S.C. Goho & Co.

* 19 Mei 1950 peguambela Encik Ahmad Ibrahim menghujah di mahkamah bahawa Che Aminah Mohamad berhak menjadi penjaga Natrah.

Profesor Dr. Ahmad Ibrahim menjadi protaganis dan antara tokoh yang amat dihormati dalam kes Natrah di Singapura .




* 28 Julai 1950 Che Aminah menang kes rayuannya. Natrah dikeluarkan daripada York Hill

* 1 Ogos 1950 kerana takut peristiwa berulang, Natrah dikahwinkan dengan Cikgu Mansor Adabi secara nikah gantung di rumah bapa angkat Mansor Adabi iaitu En. M.A.Majid di 139, Seranggoon Road, Singapura.
Ketika ini Natrah berusia 13 tahun tetapi susuk tubuhnya besar. Usia Mansor Adabi 22 tahun.
Dalam Undang-Undang Syariah Islam, perempuan umur 13 tahun dibenarkan kahwin sebagaimana isteri Nabi Muhamad, Siti Aisyah.

* 2 Disember 1950 Ketua Hakim megeluarkan perintah yang ketiga untuk didengar di mahkamah tentang kesahihan perkahwinan dan hak penjagaan Natrah.
Mengikut undang-undang Belanda , seorang anak yang berusia 16 tahun ke bawah, bapanya berhak menentukan kehidupannya.
Pendakwa berhujah sama ada Natrah berhak dikahwinkan dan terus menganut agama Islam ataupun tidak.
Mahkamah memutuskan, selagi tidak mencapai umur 18 tahun ke atas, hanya penjaga yang berhak ke atasnya. Mahkamah tidak menyebut ibubapa tetapi penjaga.
Tiba-tiba daripada isu agama bertukar bertukar kepada isu jagaan.

* Dalam kes Natrah ini, mahkamah mengakui Natrah secara rela tanpa dipaksa oleh sesiapa hendak meneruskan kehidupan sebagai seorang muslim.
Mahkamah mengatakan pula, siapa yang boleh menafikan hak Natrah daripada didedahkan kepada agama Kristian? Bapanya lebih berhak ke atasnya.

dari kiri adalah nenek natrah iaitu Louise Hunter Winterberg ( Nor Louise)
yang tengah mak natrah  Adeline
kanan adalah ayah natrah Adrianus Petrus Hertogh


* 12 Disember 1950 Hakim menjatuhi hukuman -- Natrah mesti dikembalikan kepada ibu bapa kandungnya di Belanda. Bapanya diberi hak dalam menentukan agama anaknya.
Natrah telah dihantar pulang ke Belanda, dan seterusnya dijadikan Katholik.

* 12 Disember 1950 Rusuhan Natrah berlaku kerana masyarakat Islam di Singapura dan Tanah Melayu kecewa Natrah akan dimurtadkan.

* 13 Disember 1950 Natrah dan ibu kandungnya meninggalkan Lapangan Terbang Kallang, Singapura menuju Belanda dengan kapal terbang KLM.

* Ada protes orang Islam di Karachi, Pakistan yang bersimpati dengan Natrah.

* 15 Disember 1950 Natrah sampai di Lapangan Terbang Sciphol, Amsterdam, Belanda; disambut oleh lebih 4000 orang Kristian Belanda beserta sorakan selamat datang dan sepanduk ‘Welcome Back Bertha’.
Mereka dari ‘Bertha Hertogh Comittee’ yang dibentuk oleh bapanya, Sarjan Hertogh.

* Di rumahnya di Bergen Op Zoom , kehidupan Natrah sentiasa dikawal ketat oleh polis Belanda.
Dia pernah bertanya tentang ‘Di mana masjid di Bergen Op Zoom?’. Natrah minta sejadah, bertanyakan khiblat dan tak lupa sembahyang 5 kali sehari.
Ingatannya kepada Mansor Adabi tidak pernah padam terhadap suaminya itu.

* Januari 1952 Mansor Adabi menerima surat daripada seorang pemuda Belanda bernama JC Vermeulen tentang kehidupan Natrah. JC Vermeulen adalah pedagang import-eksport Belanda.

* 9 Januari 1951 Surat 1 daripada Mansor Adabi kepada Natrah dalam tulisan Jawi, berbahasa Melayu.

* 10 Januari 1951 Surat 2 daripada Mansor Adabi kpada Natrah, antaranya menceritakan nasib Karim Ghani yang masih ditahan.

* 17 September 1951 Surat daripada Mansor Adabi kepada Natrah.

* Mac 1953 Surat pertama daripada Natrah kepada Mansor Adabi dalam tulisan rumi berbahasa Melayu-Indonesia.
Dia telah menjadi Kristian Katholik dan minta Mansor Adabi jangan menulis kepadanya lagi. Natrah menggunakan nama asalnya ‘Bertha Hertogh’.

* 25 Januari 1953 Surat Mansor Adabi kepada Natrah

* 20 Julai 1953 Surat Bertha kepada JC Vermeulen disampaikan kepada Mansor Adabi.

* 1954 Mansor Adabi berpatah arang dan berkahwin dengan anak muridnya Zaiton Jahuri.Mansor Adabi menghantar kad undang perkahwinan kepada JC Vermeulen.
Bertha yang mengetahui hal itu sangat kecewa. Kekecewaan itu dicurahkan kepada temannya Johannes Gerrit Vermeulen. Antara murid Mansor Adabi ialah Datuk Abdul Aziz Abdul Rahman, bekas pengarah MAS.

* 26 Januari 1956 Telegram daripada JC Vermeulen kepada Mansor Adabi menyatakan Bertha ingin kembali bersama Mansor Adabi di Malaysia.

* 20 April 1956 Bertha berkahwin dengan Johan Gerardus Wolkenfelt, seorang askar ketika Natrah berumur 18 tahun. Umur Wolkenfelt 21 tahun. Wolkenfelt berhenti menjadi askar dan menjadi tukang kayu.

* 15 Februari 1957 Bertha bersalin anak lelaki pertama. Bertha mendapat 10 orang anak. Nama anaknya Silvija, Carolien, Frans, Marlies, Theo, Huub, Rinie, Marjoline, Hands dan Paul.

* 20 Januari 1959 Surat daripada Mansor Adabi kepada Bertha menceritakan dia sudah berkeluarga.

* 3 Februari 1959 Surat Bertha kepada Mansor Adabi. Semua surat-surat Mansor Adabi tersimpan dalam fail ‘Personal -- Mansor Adabi’ di Arkib Perbandaran Bergen op Zoom, Belanda.

* 25 November 1975 Televisyen Belanda NRVC meriwayatkan kembali kisah hidup Bertha dalam filem dokumentari The Time Just Stool Still selama 20 minit.
Bertha, Wolkenfelt dan Mansor Adabi turut dijemput diwawancara dalam dokumentari itu.
Ketika itu Bertha telah mempunyai 10 orang anak. Sedangkan Mansor Adabi sebagai seorang guru dan peguam, hidup mewah.

* 16 Ogos 1976 Bertha didakwa di mahkamah atas tuduhan cuba membunuh suaminya JG Wolkenfelt. Dia dibebaskan atas simpati hakim terhadap latar belakang hidupnya.
Bertha dan Wolkenfelt bercerai. Mulanya dia merancang bubuh racun berwarna biru -- tak berjaya. Kemudian dia berpakat dengan temannya Tom Ballermans dan Adrie Jansen dan membeli sepucuk pistol revolver.
Anaknya Corie menyedari rancangan bunuh itu, dilapor kepada polis dan Bertha ditangkap.

* 26 Disember 1976 Natrah dilaporkan sakit jiwa oleh Utusan Malaysia. Tetapi hal ini dinafikan oleh anak-anak Natrah.

* 1976 Che Aminah meninggal dunia di Chukai, Terengganu ketika berusia 70an

* Disember 1979 Bertha berkahwin dengan Tom Ballermans -- lelaki yang selalu datang ke Cafe Bertha dan yang dikatakan bersepakat dengan Bertha untuk membunuh suaminya JG Wolkenfelt.
Tom membeli rumah di Ossendrecht, Belanda kira-kira 12 km dari Bergen Op Zoom, Belanda.

* 1983 Bertha bercerai dengan Tom Ballermans.

* 1984 Bertha masuk hospital kerana sakit jantung. Tubuhnya semakin gemuk secara mendadak.

* 15 September 1984 Bertha meninggalkan Belanda ke Amerika Syarikat mencari kehidupan baru bersama Ben Pichel dan hidup tanpa kahwin hingga…

Ben Pichel ialah seorang lelaki Indonesia berasal dari Jakarta dan bekerja di pasar-pasar malam di Belanda dahulu. Ben kemudian mendapat taraf warganegara Amerika Syarikat.

* Bertha kini tinggal di Nevada, tengah Amerika Syarkat dan meninggalkan anak-anaknya di Belanda. Dia pernah bekerja sebagai tukang masak dan pengemas bilik hotel dan motel.
Kemudian dia bekerja sebagai pencuci rumah dan bangunan. Bertha hidup dalam keadaan tersiksa jiwa dan raga, kehilangan orang-orang yang disayangi.

* Pada tahun 1992, kerajaan telah mengharam lagu yang berjudul Natrah nyayian kumpulan Handy Black yang mengisahkan kisah Natrah ini. * 8 Julai 2009 Natrah dilaporkan telah meninggal dunia di kediamanya Huijbergen, Belanda pada usia 72 tahun akibat penyakit Leukimia.




Natrah dalam kenangan



>> Natrah bukan anak kandung Che Aminah.

>> Adelina adalah ibu kandung Natrah.

>> Ibu kandung Natrah ada hak sepenuhnya terhadap anak mereka yang bawah umur.

>> Natrah "diberikan" kepada Che Aminah kerana bapa kandung Natrah, Sarjan Adrianus Petrus Hertogh dipenjarakan oleh tentera Jepun.

>> Ibu bapa kandung Natrah bersungguh-sungguh mencari anak kandung mereka selepas Sarjan Adrianus dibebaskan.

 >> Ibu bapa kandung Natrah sanggup melakukan apa saja untuk mendapatkan kembali anak kandung mereka yang enggan dilepaskan oleh Che Aminah.

>> Ibu bapa kandung Natrah berhak mendidik anak kandung mereka mengikut apa yang mereka rasakan sesuai.

>> MARIA BERTHA HERTOGH @ NATRAH bukan anak kandung CHE AMINAH!

~Ayat-Ayat Cinta Dalam Al-Qur'an~








Masih ingat kisah Nabi Adam dan Hawa ketika diusir oleh Allah keluar dari Surga? Siapa penyebabnya? Iblis laknatullah! Jangankan di dunia, di surga iblis masih kuasa membujuk manusia melakukan maksiat,apalagi di dunia yang hingar bingar dengan dosa ini. Ketika Allah meminta Iblis untuk sujud kepada Nabi Adam, ia membangkang, tidak mau tunduk pada perintah Allah. Dan ia telah berjanji selama tenggang waktu yang diberikan Allah sampai sebelum kiamat ia akan terus menggoda manusia untuk menjadi sekutunya, seolah ia berada dalam aliran darah kita.

Kini.. di kehidupan dunia, kita banyak menjumpai manusia-manusia yang membangkang pada perintah Allah, pada Sunnah Nabi SAW, pada Al-Quran, kiranya kita sebagai manusia yang diberi kelebihan akal dapat mengoreksi diri, sejauh mana kita taat atau membangkang pada Allah. Identik dengan ibliskah kita? Yang tidak mau tunduk pada perintahNya? Jika tidak.. mari sama-sama membenahi diri, lebih banyak beramal sholeh, menjauhi laranganNya supaya kita tidak menjadi iblis berwajah manusia.

Sesungguhnya Allah telah memberi petunjuk yang jelas bagi manusia yang mau berpikir, yaitu Al-Quran dan As-Sunnah.Tapi sayang ayat-ayat cinta yang diturunkan oleh Allah kepada manusia seringkali tidak dapat menembus hati dan pikiran manusia yang jelas-jelas derajatnya diletakkan paling tinggi oleh Allah di antara semua makhluk di dunia. Hati dan pikiran tertutup,terkuasai oleh nafsu,yang merupakan senjata utama & panah beracun yang dasyat milik iblis laknatullah.

Allah SWT menurunkan Al-quran bukan untuk mengatur urusan aqidah dan ibadah saja, sehingga menjadi kitab ketuhanan. Al-Quran tidak hanya menjelaskan persoalan keutamaan budi pekerti dan akhlak sehingga disebut kitab etika. Al-Quran juga bukan sekedar menjelaskan perundang-undangan sehingga disebut kitab undang-undang. Tetapi Al-quran adalah kitab yang menghimpun dan mengungguli semuanya dengan struktur bahasa dan rangkaian yang indah.

“ Dan Kami turunkan kepadamu Al-Kitab untuk menjelaskan segala sesuatu dan petunjuk serta rahmat dan kabar gembira bagi orang-orang yang berserah diri.” [An-Nahl 89]

Al-Quran tidak hanya menyentuh akal dan hati,tetapi seluruh sisi kehidupan manusia. Prof.Mahmud Abbas Al Aqqad berkata “Islam tidak hanya berbicara kepada hati dan nurani tetapi juga berdialog dengan akal. Akal merupakan sarana bagi hati untuk mencapai hakekat. Pemikiran adalah salah satu gerbang hidayah yang mewujudkan keimanan.” Allah berfirman “Demikianlah Allah menjadikanmu ayat-ayat agar kamu berpikir” [Al-Baqarah: 219]. 

Al-Quran akan membimbing manusia menuju kebahagian dunia & akherat,tinggal kita mau berpikir tidak?

Sebenarnya, Al-Quran itu milik siapa? Milik umat muslim tapi umat muslim sendiri jarang mau menyentuhnya, membacanya, apalagi mengamalkannya. Jadi jangan salahkan Allah jika kehidupan kita tidak bahagia, porak poranda, semu, manis dilihat orang tapi menyimpan bara di dalam yang setiap saat bisa meledak.


Mari kembali pada Al-Quran.. memperbaiki seluruh aspek kehidupan kita, sedikit demi sedikit diselaraskan sesuai kaidah-kaidah yang ada dalam Al-Quran dijamin kehidupan kita akan tenang, keluarga sakinah mawadah wa rahman. Bukan saya atau alim ulama atau para Nabi yang menjaminnya, akan tetapi Allah sendiri. Seperti firman Allah:” Dan perbuatlah kebaikan agar kalian bahagia.” [Al-Hajj:77]

~ Nur ya nur kasih ~




MOOD malam  : jiwang pada en suami 





         





Lewat ini ku rasakan
Kasih kian ku dambakan
Resah hati yang ku pendam
Pada takdir dan harapan

Detik waktu dan suratan
Siapa tahu ketentuan
Ku mencari cahayanya
Dalam bayang kegelapan

Nur kasih
Nur kasih

Nasib hidup dan pilihan
Lain hukum setiap insan
Mengharapkan perjalanan
Dalam maya kesamaran

Nur kasih
Nur kasih

Aku kembali kerana masih
Mencari yang hakiki
Sinar pasti
Janji suci yang abadi

Ooo kasih
Nur kasih
Oh nur kasih
Nur kasih

Aku kembali kerana
Masih mencari yang hakiki
Sinar pasti
Janji suci yang abadi

Nur nur ya nur kasih
Nur ya nur kasih
Nur nur kasih
Nur kasih





~ EaR + RinG = EaRRinG ~



MooD : ade idea nak tulis belog , tapi malas ( hehe , blh tak camtu ) 
adoii apasal la mcm kureng je mood ni ,
takkan ke laut kot
ari ari kol , x cukup dgn tu , skype lagi
???????

takpelah , share la jugak ...
nanti entri ni dah jadi belapok siap berkulat lagi baru la nak share yee..oooohh tidak

hari ini punya entri nak share ngn u olss u ollss sume sal moment yg palin terindah masa dating dgn en suami baru2 ni ............huhuhuu

aku ni bile shoppin suke jenjalan , cuci2 mata
memang cuci smpai berkilat la kate org
hahaha

tapi sesuatu yg x disangka 
ermm ...... surprise yg x mnjadi dari en suami 
kuikuikui

tapi apa2 pun tenkiu very2 much dear!!!

u oollss nak tau x apenye yg buat ati i ni gumbira sperti kanak2 riang
huihuhu

























































































tadaaaa !!!!!

sowi la kengkawan
ni bukan nk menunjuk2 tau ..
tapi nak share ngn u oolss sume
walaupn x seberapa la kan
tp ade specialnya disini
1st : kompom dr en suami yg tercintan cintun
2nd : ????
hehehe
blh tgk pic kt bawah ni ..










ring ms kawen dulu
ermm taun 2008 la
ni yg special nye nih
knp n mgpa earing tu dibeli
huhuhu


tapi bile is bergabung
ia mnjadi ..................












ia menjadi sepasang !!!!
eaR + Ring = eaRRing
sesuatu yg x dijangka
terkezut i
hehehe

sronok sgt time tuh
thnks a lots to en suami
love u so much much much !!!!!!!!!!!







~ WaYanG Free @ JuSco ~


yuhuhuuuu 
arini ade sket citer nk story mory ni ,,,,,hehehe

pagi tadi kol 10 lbh aku kuar ngn my cousin si nisa ni ...
katenye die ade tiket utk tengok wayang free @ jusco Golden Screen Cinemas (GSC)
so katenya lagi ade 4 tiket , wahh...tengok sampai nak termuntah la nampaknya ... huhuhu

so sampai je kt 3rd floor ,
wahh!!!! ramai giler tu org beratur !!!
ada la pnjngnya dalam 1km !!
adoiii
aku tewos surrender nak tengok
x kose la aku nak beratur , semata nak tengok citer free ni
ala , bukannya citer baru pun ...
ada la suam suam kuku baru nya
huhuhu


Gulliver's Travel - PG 13
Rio
I Am Number Four - PG 13
The Tourist - PG 13
The Green Hornet - PG 13
World Invasion : Battle Los Angeles - PG 13
Beastly - PG 13
Cun (malay)
Hantu Kak Limah Balik Rumah (malay)
Khurafat (Malay) - PG 13
Enthiran (tamil) - PG 13
Don't Go Breaking My Heart (Mand/Cant)
I Love Hong Kong (Cant)
Great Day (Cant)
Mars Needs Moms - 3D

Amacam? Walaupun filem yang ditayangkan bukanlah filem yang paling latest di pawagam,
tapi ok la kan? Dah namanya pun free ...... huhuhu


ni ar tiket free yg dimaksudkan
kena print dulu
then tnjukkan kt kaunter
leh dapat tiket free
before tu pilih la citer pe yg kite nak tgk
1 tiket utk 2 org
so dpt byk
termuntah la nk tgk dlm 1 ari

so ms breakfast kt food court jusco
dpt plk si nisa try tgk lg...kot kot la ade hrpn nk tgk wyg
klu aku mmg dh x nak if beratur la hehehe
so ntah mcm mn plk , die dpt tiket trus
ermm ... potong queue la tu .....ish ish ish
so kitaorg amik citer Gulliver's Travel

2nd nyer citerThe Green Hornet  x smpat nak tgk sal amik kol 330pm,
so kitaorg bgi je ntah couple mn yg terpinga2 nak cri tiket ...
sal time tu mmg sume dh full ......smpai la mlm
ingtkan leh tukar ke 
rupanya .....full trus
xpelah ...

Fuh....walaupun negeri Melaka ni kecik je, tapi dah ada 4 panggung wayang kesemuanya!
Maju betul...









~ SeTia MeneManiNya KeMana aJa :) ~


orang tanya asal en suami cuti kojap je ...
seminggu !!!
belayar 2 bulan !!

ar.. ni ngah nak jawab la nih ....... hehehe

pasal Mr. XXX dari tanah besar Indiana ni la punya pasal
leceh tol
suke putar belit citer , macam %$&#& kaum die jgk !!

1st sal Mr DDD nyer pasal ..
dah leklok kt Seri Alam ish ish
tp itu lepas punya citer
tak yah la citer

tapi ramai rupanya yg backup en suami ,
thanks a lots 
hope , kena buang la mamat ala-ala cam Amir Khan tu
hehe
tulah sapa suh buat jahat
hello ..... ni company Msia okeyy

hehehe
dah macam pengawas sekolah pulak en suami ni
menulis karangan.....hehe
ar..ngh adoii
time ni mmg bosan giler menunggu en suami ..
memula tunggu org utk disoal
then tunggu en suami lak buat repot scr manual ni
adoiii
hehe
banyak point kt dalam surat tu
tapi klu com. x bt pape kt org ala2 amir khan tu
x tahu la..
ramai nnt yg kene.
ksian2..


ni la koje wife si mael ni ..
x sudah2 berfesbok
stiap kali gi opis
takkan lupa bwk lptop ni
kom kt bilik opis ni pun bknya leh pakai pun
x phm aku
sambil dduk2 menunggu, sempat gak la berFB2 ni
then sempat update belog
masa yg ada takkkan disia2 kan
hehe

then , pastu sempat la gi la kami ........................................................................




V




V




V




V





V

berposing2 kt bilik opis ni
hehehe

banyak lagi pic 
tapi maleh nak upload
takut org muak lak nanti
hehe
sabor jelah



pic kt dalam kete tu luar opis la..
hehehe