~ KiTa TenanG HadaPi DuGaaN HiduP ~



Hidup ini umpama pelayaran di lautan. Adakala kita akan dipukul ombak dan taufan. Demikianlah kehidupan kita, tidak selalunya indah dan tidak semua impian akan dikecapi. Terlalu banyak cabaran dan dugaan yang akan kita harungi dan tempuhi. Namun semua itu ketentuan Ilahi, kita perlu redha. Berikut beberapa tip jika kita menghadapi dugaan dalam hidup. 







  Belajar menerima setiap ketentuan yang datang. Setiap dugaan yang hadir perlulah kita hadapi dengan tabah. Ketabahan itu sebenarnya menjadikan kita lebih matang dalam berfikir.

  Berfikiran terbuka setiap masa. Jadikanlah setiap apa yang berlaku itu sebagai panduan serta memberikan pengajaran kepada diri kita sendiri untuk melalui kehidupan seterusnya di hari muka.

  Ceburkan diri dengan pelbagai aktiviti  di luar rumah supaya hidup kita akan sentiasa selesa. Aktiviti riadah ini sebenarnya dapat membuat kita bersahabat dan berkenalan dengan ramai orang. Dengan cara itu kita akan lebih merasa genbira.

  Jangan mengingati peristiwa sedih yang pernah berlaku dalam hidup. Semua yang berlaku merupakan dugaan Allah dan sebagai hambaNya kita perlu redha dan pasrah.

@   Berdoa dan memohon petunjuk daripada Allah S.W.T. Sebagai seorang ummah Islam kita perlulah sentiasa mendekatkan diri kita dengan Allah supaya hidup kita akan lebih diberkati.

@   Belajar untuk menerima saingan dan memajukan diri sendiri. Bersaingan yang sihat itu perlu untuk memajukan diri kita sendiri.

  Sentiasa bersabar dan tersenyum gembira. Surah Ali Imran: ayat 200 ada menyebut: " Wahai orang-orang yang beriman bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjkan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh di medan perjuangan dan bersedialah dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan serta bertakwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan)"



3 comments:

  1. Satu lagi Fizah,

    Senantiasa berfikiran terbukan dan cuba ubah pandangan kita tentang sesuatu perkara...atau dalam erti kata lain,berfikir di luar kotak...

    ReplyDelete
  2. thanks mas..betol tuh.. perlu ada perubahan diri :)

    ReplyDelete
  3. visit me at http://secantiknurani92.blogspot.com/2011/11/scoliosis.html
    thanx

    ReplyDelete