~10 AyaT uTk YanG EloK DiaMaLkan seTiaP Hari~












1. SURAH AL-FATIHAH


Amalkan membaca Surah Al-Fatihah semasa hendak tidur diikuti dengan membaca Surah Al-Ikhlas 3 kali, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas. Insya' Allah akan aman tenteram dan terjauh daripada gangguan syaitan.



Dianjurkan juga membaca surah ini sebanyak 44 kali untuk mengubati sakit mata, perut, gigi dan lain-lainnya dengan izin Allah s.w.t. Untuk mencegah kemarahan Allah, bacalah surah ini sebanyak 17 kali sehari iaitu dengan mengerjakan solat 5 waktu.





2. SURAH YAASIN



Telah bersabda Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam,
"Sesungguhnya bagi setiap sesuatu itu ada hati, dan hati Al-Qur'an ialah Surah Yaasin iaitu jantung Al-Qur'an. Sesiapa yang membaca Surah Yaasin, nescaya dituliskan oleh Allah pahala menyamai sepuluh kali membaca Al-Qur'an seluruhnya."
(Hadis riwayat At-Tarmizi dari Anas r.a.)



Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam juga bersabda:



"Surah Yaasin dinamakan di dalam kitab Taurat dengan sebutan "At-Mu'ammah" (yang umum), yang mengumumkan pembacanya dengan kebaikan dunia dan akhirat, menanggung segala bala baik dari kesusahan di dunia mahupun akhirat. Pembaca juga akan dilindungi dari setiap keburukan dan kejahatan serta segala hajat dan kemahuan akan Allah kabulkan. Jika dibaca dalam satu malam semata-mata mengharapkan keredhaan Allah, nescaya Allah akan mengampunkan dosanya."
(Hadis riwayat Malik, Ibnu-Sunni dan Ibnu Hibban).



Surah Yaasin ini juga jika diamalkan, akan terselamatlah kita dari kehausan di hari KIAMAT.






3. SURAH AD-DUKHAN



Dibaca sekali pada malam Jumaat agar kita terselamat dari huru hara di Padang Mahsyar.





4. SURAH AL-WAQI'AH



Menurut beberapa hadis Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam, mereka yang mengamalkan membaca Surah Al-Waqi'ah pada setiap malam, insya' Allah tidak akan merasai kepapaan. Mereka yang membacanya sebagai wirid, insya' Allah akan beroleh kesenangan selama-lamanya. Mereka yang membacanya sebanyak 14 kali setiap lepas solat Asar, insya' Allah akan dikurniakan dengan rezeki yang banyak.



Selepas solat 'Isya', ambillah segelas air lalu bacalah Surah Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqi'ah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Dalam hati, niat untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga.



Makna Surah Al-Waqi'ah Ayat 35-38 ialah :
"Sesungguhnya, Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa. Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai jodohnya serta yang sebaya dengan umurnya."






5. SURAH AL-KAUTSAR



Sesiapa yang mengamalkan membaca surah ini sebanyak 1,000 kali, maka Allah s.w.t. akan menghasilkan hajatnya termasuk rezeki dan kenaikan pangkat. Sesiapa yang membaca 1,000 kali juga selepas solat 'Isya' hingga dia tertidur, insya' Allah dia dapat melihat Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam dalam tidurnya.






6. SURAH AL-KAAFIRUUN



Sesiapa yang membaca Surah Al-Kaafiruun, maka bandingannya seperti membaca seperempat Al-Qur'an, disamping terlepas dari syirik, terjauh dari godaan syaitan dan terlepas dari peristiwa yang mengejutkan (Riwayat At-Tarmizi).



Sebelum tidur, bacalah surah ini agar kita mati dalam iman serta membersihkan kotoran dalam diri kita.






7. SURAH AL-MULK



Sebuah lagi Surah dari Al-Qur'an iaitu Surah Al-Mulk mempunyai fadhilat dan faedah yang amat besar bagi sesiapa yang mengamalkan membacanya. Menurut beberapa hadis Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam, mereka yang mengamalkan membaca akan surah ini, akan mendapat syafaat dan keampunan dosa-dosanya. Mereka yang membacanya pada setiap malam, insya' Allah, akan terselamat dari azab kubur.






8. SURAH AL-IKHLAS



Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam pernah bersabda kepada isteri kesayangan baginda, Siti 'Aisyah, antara mafhumnya :



"Wahai 'Aisyah isteriku, sebelum kamu tidur, khatamlah dulu Al-Qur'an."



Siti 'Aisyah lalu berkata, "Wahai suami ku, saya tidak mampu khatam Al-Qur'an sebanyak 30 juzuk itu."



Apabila mendengar kata-kata Siti 'Aisyah tersebut, Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam sambil tersenyum lalu menjawab, "Barangsiapa yang membaca 3 kali sebelum tidur, seolah-olah ia telah khatam Al-Qur'an keseluruhannya."



Dari Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam pernah bersabda kepada Saidina Ali r.a.,
"Sesiapa hendak pergi musafir, kemudian ketika dia hendak meninggalkan rumahnya, ia membaca surah Al-Ikhlas 11 kali, maka Allah memelihara rumahnya sampai ia kembali."



Ibnu Said Al-Khanafi menerangkan :
"Surah ini dinamakan Surah Al-Ikhlas, ertinya bersih atau lepas. Maka barangsiapa yang membacanya dan mengamalkannya dengan hati yang ikhlas, maka ia akan dilepaskan kesusahan duniawi, dimudahkan di dalam gelombang sakaratulmaut, dihindarkan dari kegelapan kubur dan kengerian hari kiamat."






9. SURAH AL-FALAQ



Siti 'Aisyah menerangkan:
"Bahawa Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam pada setiap malam apabila hendak tidur, Baginda membaca Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas lalu ditiupkan pada kedua telapak tangan, kemudian disapukan keseluruh tubuh dan kepala."



Barangsiapa terkena penyakit kerana perbuatan syaitan atau manusia, hendaklah membaca Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 41 kali selama 3 hari, 5 hari atau 7 hari berturut-turut. Barang siapa yang takut akan godaan syaitan dan manusia, takut dalam kegelapan malam atau takut dengan kejahatan manusia, bacalah Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 100 kali."






10. SURAH AN-NAS



Surah An-Nas adalah surah yang terakhir (ke-114) dalam Al-Qur'an. Nama An-Nas diambil dari kata An-Nas yang berulang kali disebut dalam surah ini yang bermaksud manusia. Surah ini termasuk dalam golongan surah makkiyah. Isi surah ini adalah bagi menganjurkan manusia memohon perlindungan kepada Allah dari godaan syaitan baik yang berasal dari golongan manusia mahu pun jin. Surah An-Nas ini juga adalah penerang hati.

~ PenaT + BosaN = ??? ~



MooD : BOsaN !!!






wargghhhh ...... weekdays & weekends yang hari2 masih membosankan !!!!!!!!!!!!!






pasal





pasal





:: of kos la yang tersayang tiada disisi ::



adoiiii

penat , bekerja tanpa henti





duit





duit




duit 





arrrhhhhhhhh .....







alangkah bagusnya duit ni turun bagaikan hujan kan :))))


penat sangat 

~JoM BaCa TenTanG KeLeBiHaN BuLaN ReJaB~




Sabda nabi S.A.W : “Sesungguhnya bulan Rejab itu bulan Allah, bulan Syaaban itu bulanku dan bulan Ramadhan bulan umatku.” Bulan Rejab adalah salah satu bulan yang sangat dimuliakan dalam Islam. Pintu rahmat daripada Allah terbuka luas bagi hamba-hambaNya yang inginkan kesejahteraan jiwa dan ketenangan fikiran. Berikut merupakan kelebihan bulan Rejab:


  1. malam awal Rejab mustajab Doanya
  2. puasa sehari pada bulan Rejab mendapat pahala syurga yang tertinggi (Firdaus).
  3. Puasa 2 hari dilipatgandakan pahalanya
  4. puasa 3 hari mendapat dijadikan parit yang panjang yang menghalang dia ke neraka (panjangnya setahun perjalanan)
  5. puasa 4 hari diafiatkan daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar dan daripada fitnah dajal di hari kiamat
  6. puasa 5 hari aman dari azab kubur
  7. puasa 6 hari keluar dari kubur bercahaya mukanya
  8. puasa 7 hari ditutup daripadanya 7 pintu neraka
  9. puasa 8 hari dibuka baginya 8 pintu syurga
  10. puasa 9 hari keluar dari kuburnya lalu menyeru ‘Lailahaillallah' tidak ditolak dia dari memasuki syurga
  11. puasa 10 hari, Allah jadikan baginya hamparan perhentian di Titian Sirotulmustaqim pada tiap-tiap satu batu.









“Kembalilah kepada Tuhan kamu dengan memohon keampunan dari dosa-dosa kamu dan hindarkanlah perbuatan maksiat dalam bulan mulia iaitu bulan Rejab.

~8 TiP KeBaHagiaaN RumaHTangga~




1. P yang pertama ialah 'puji' iaitu setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terima kasih apabila diberi pertolongan.


2. P kedua ialah 'peluk' yang mana pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang.


3. P ketiga ialah 'penghargaan' di mana amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.


4. P keempat ialah 'perhatian' yang mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan.


5. P kelima mewakili 'persefahaman' kerana sebagai manusia yang bekerjaya memerlukan pasangan lebih bertolak ansur dan memahami kerjaya masing-masing.


6. P keenam membawa maksud 'pergaulan' iaitu pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga.


7. P ketujuh adalah 'percutian' di mana seseorang itu perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangannya di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin atau gangguan lain.


8. P yang terakhir ialah 'permohonan' iaitu doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia.







Ust. Siti Nur Bahyah juga menurunkan beberapa amalan doa selepas solat yang boleh merapatkan hubungan dan menimbulkan kasih sayang antara suami isteri iaitu membaca surah Al-Imran ayat ke-31 atau membacakan ayat ke-200 surah sama.

Beliau berkata, kunci kebahagiaan rumah tangga yang sebenar ialah mendekatkan diri dengan Allah.
Katanya, apabila seseorang insan mengabaikan tanggungjawab terhadap agama, dia akan mengabaikan rumah tangga kerana jiwa yang kosong.

"Ketika kita jauh daripada Allah, iblis yang suka umat manusia bercerai berai akan menghampiri dan melalaikan kita daripada tanggungjawab terhadap keluarga," 

~PanDuan MenJadi IsTeri SoLehaH~



Daripada Imam Ahmad dan Imam Muslim, daripada Umar .a., Rasulullah sallallahualaihi-wasallam bersabda : “Bermula dunia ini ialah kesukaan dan keseronokan dan sebaik-baik kesukaan itu ialah perempuan yang solehah.”

Dalam sebuah hadis yang Rasulullah sallallahualaihiwasallam bersabda: “Mahukah kamu aku beritahu dari hal sebaik-baik barang yang perlu disimpan oleh seorang lelaki?” Iaitu isteri yang solehah. Jika suami melihat kepadanya diaakan gembira , jika suaminya menyuruh sesuatu dia akan taati dan jika suami tiada di rumah dia akan menjaga harta suaminya dan memelihara kehormatan dirinya.” (hari:Ibnu Majah)

Isteri yang solehah itu selalu memerhatikan akan tanggungjawabnya sebagai isteri, ia hanya berbuat sesuai dengan ketentuan Allah. Di antara ciri-ciri isteri solehah itu ialah bertanggungjawab terhadap kerja-kerjanya. Pada dasarnya kewajipan isteri solehah itu ialah: 


1. Patuh dan taat kepada suami yang soleh 

Rumahtangga bahagia sebenarnya terletak pada isteri yang solehah. Ia taat kepada perintah Allah dan Rasul serta setia kepada suami yang soleh. 

“Wanita yang solehah ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri (tidak berlaku curang serta memelihara rahsia dan harta suaminya ) di belakang suaminya, oleh kerana Allah telah memelihara mereka…” 

(Surah An-Nisa’:34)

Isteri yang solehah itu di samping patuh kepada perintah Allah dan Rasulullah sallallahualaihi-wasallam, ia patuh terhadap suaminya dan menyimpan segala rahsia baik diluar rumah mahupun di dalam rumah. Ia selalu tersenyum dan menunjukkan muka manis terhadap suaminya. Tabiatnya yang baik itu menambah kasih sayang suaminya terhadapnya. Ia tidak pernah membantah kata-kata suaminya yag baik, semuanya dikerjakan dengan patuh kerana Allah. 

Isteri yang baik apabila berkata dengan suaminya dengan suara yang lemah lembut dan penuh kesopanan . Begitu pula tidak boleh memerintah kepada suami, kecuali diucapkan dengan suatu yang baik sebagai suatu pertolongan. Walau bagaimanapun, ketaatan isteri terhadap suami tidak dalam semua perkara. Sekiranya perintah suami boleh membawa dosa, maka isteri dibenarkan membantah. 

Rasululllah bersabda, “Jika diizinkan seorang manusia sujud kepada manusia,tentu aku akan suruh wanita-wanita sujud kepada suaminya lantaran begitu besar Allah jadikan hak lelaki keatas wanita” 


2. Menguruskan rumahtangga 

Seorang isteri Muslimah disuruh oleh Allah agar sentiasa berada dirumah dan tidak boleh pergi kemana-mana sesuka hati tanpa izin suami. Duduk dirumah bukan bererti hanya berdiam diri sahja tetapi mengerjakan tugas sebagai isteri. 

Hikmah daripada perintah Allah tersebut iaitu, supaya para isteri dapat menjaga dan mendidik anak secara lebih sempurna ketika suami mencari rezeki. Disamping itu isteri dapat melakukan pekerjaan rumah seperti menghias rumah dan sebagainya.Walaupun ianya nampak remeh, tetapi ianya amat bermanfaat untuk menjamin keharmonian keluarga. 


3.Berhias untuk suami 

Menghias diri merupakan kegemaran wanita. Namun kadangkala wanita yang tidak faham akan kewajipannya,ia berhias diri ketika akan keluar rumah. Tetapi ketika di rumah ia dalam keadaan tidak bersih, kadangkala ramutnya pun tidak terurus. Padahal di dalam Islam menganjurkan supaya isteri berhias hanya untuk suami. 

Tujuan isteri berhias ketika di rumah ialah supaya suami terhibur. Jika suami pulang dari tempat kerja dalam keadaan letih dengan melihat isteri dalam keadaan berseri-seri serta pakaian yang bersih, maka ia menjadi penawar kepada suami. Sehingga keletihan dalam mencari rezeki tadi menjadi hilang, dan bertambahlah kasih sayangnya terhadap isteri. menjadi hilang, dan bertambahlah kasih sayangnya terhadap isteri. 

Sabda Rasulullah SAW: 
“Dari Jabir ra. Ia berkata: Kami pernah pergi bersama-sama Rasulullah di dalam satu peperangan. Ketika kami sampai ke Madinah, kami ingin masuk ke rumah masing-masing. Maka Rasulullah SAW pun bersabda: Bersabarlah, iaitu masuklah pada waktu malam iaitu selepas Isyak, supaya isteri dapat bersikat rambutnya yang kusut dan supaya ia dapat berhias kerana telah lama telah ditinggalkan suaminya.” 

(hari:Muttafaqun Alaihi)

Berhias bukan sahaja bagi menyambut kepulangan suami dari tempat kerja tetapi juga ketika suami ada di rumah. Wanita Islam hanya boleh berhias untuk dirinya sendiri dan untuk suaminya. Berhias mestilah dilakukan secara besederhana , kerana tujuan berhias agar ia kelihatan bersih dan senang dilihat oleh suami.
 

4. Melayani suami 

Hubungan seks merupakan penawar kebahagiaan rumahtangga. Ia dipandang sebagai punca keharmonian rumahtangga. Oleh sebab itu isteri hendaklah memberikan layanan yang baik kepada suami dan tidak boleh menolak kemahuan suaminya . 

Seorang isteri akan dikutuk oleh malaikat apabila ia menolak kemahuan suaminya sehinggalah suaminya reda kepadanya. Mungkin dalam keadaan tertentu isteri boleh menolak kemahuan suaminya seperti dalam keadaan sekit, atau dalam keadaan yang dilarang oleh syara’ untuk melakukan persetubuhan seperti dalam keadaan haid dan sebagainya. 


5. Berpakaian menurut ajaran Islam 

Isteri yang menutup auratnya merupakan isteri yang solehah, ramai wanita pada zaman sekarang ini yang berpakaian tetapi telanjang kerana ia menutup bahaian tertentu sahaja, kalau menutup semua pun tetapi bentuk badannya tetap nampak jelas. 

Allah SWT berfirman, ertinya: 
“Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah sebagai perhiasan. Dan pakaian taqwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian daripada tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat.” 

(Surah Al-A’raar:26)

Jilbab merupakan satu fesyen pakaian wanta Islam yang menutup tubuh atau sebahagian besar badan wanita di sebelah atas, kecuali muka dan tapak tangan. Jilbab tidak menampakkan tubuh badan. Allah memerintahkan supaya berpakaian demikian supaya dapat membezakan antara wanita beriman dan tidak beriman, ia juga supaya terhindar dari golongan munafik. 

Firman Allah yang bermaksud: 
“Hai Nabi, katakanlah kepada isteri- isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: “Hendaklah mereka mengulurkan Jilbab mereka ke seluruh tubuh mereka.”Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Penganmpun lagi Maha Penyayang.” 
(Surah Al-Ahzab:59)


6. Memberi motivasi terhadap cita-cita suami 

Isteri yang solehah adalah isteri yang mahu menjadi teman berunding bagi suami dan menjadi sahabat dalam menyelesaikan pelbagai masalah. Itulah hubungan suami isteri itu diertikan orang sebagai “teman hidup”.Jika suami menghadapi masalah untuk mencapai cita-citanya dan cita-cita keluarga maka bermotivasilah kepadanya dan hiburkanlah hatinya . 

Isteri teladan disamping ia memberi dorongan dan bermotivasi kepada suami ia juga merupakan sumber ilham bagi suami. Ini membuatkan hati suami tenteram apabila bersama isteri dan segala masalah dihadapinya bersama-sama. 




mudah2han aku dipermudahkan segalanya
oleh Allah untuk
menempuh segala dugaan & cabaran kehidupan
 sebagai isteri
amin :)



Di antara ciri-ciri isteri solehah yang lain ialah: 

~ Mentaati Allah SWT dan mengerjakan segala perintah suami selagi tidak melanggar perintah Allah.
 
~Bersikap malu terhadap suami. 

~ Berdiam diri ketika suami sedang berkata-kata, baru berbicara setelah ia selesai berbicara. 

~ Berdiri tegak sebagai tanda hormat semasa ia datang dan pergi. 

~ Sentiasa menyerahkan diri kepadanya apabila ia memerlukannya. 

~ Memakai wangi-wangian di hadapan suami.
 
~ Menjaga mulut daripada bau-bauan yang tidak menyenangkan. 

~ Tidak mengkhianati dan berlaku curang terhadapnya ketika ketiadanya suami. 

~ Sentiasa menghormati keluarga suami .
 
~ Bersyukur di atas apa yang disediakan oleh suami. 

~ Tidak berpuasa sunat tanpa kebenaran suami. 

~ Tidak keluar rumah kecuali dengan izin suami.

~ FaceBook Punca PenCeraiaN ??? ~





Benarkah kadar penceraian di Malaysia meningkat angkara laman sosial terbesar di dunia sekarang ini, Facebook?
Memang tidak ada kajian khas dilakukan dalam menangani isu ini sebenarnya, namun, jika dilihat secara rambang, jaringan sosial dalam Internet seperti Facebook, Twitter dan Myspace ternyata boleh mendatangkan mudarat kepada keharmonian rumah tangga jika penggunaannya disertai dengan niat yang salah.
Menurut maklumat Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), sebanyak 27,110 kes perceraian telah direkodkan daripada 135,136 perkahwinan yang telah didaftarkan pada tahun 2009.
Punca utamanya ialah pasangan gagal menjalankan tanggung jawab masing-masing. Walaupun tidak diperincikan bentuk kegagalan tersebut, sedikit sebanyak jelas pengabaian tanggung jawab itu memang ada hubung kait dengan ‘ketagihan’ sama ada suami atau isteri dengan laman web sosial masing-masing.
Itu tidak termasuk kes-kes nyaris bercerai kerana salah faham dan cemburu dari hasil hubungan sama ada suami atau isteri di laman Facebook masing-masing.
Di Amerika Syarikat, satu kaji selidik dari Akademi Pengacara Perkahwinan Amerika (AAML) harus diberi perhatian. Hasil kajian mereka menemukan bukti jumlah perceraian meningkat gara-gara aktiviti suami atau isteri di Facebook, Myspace dan Twitter.
Presidennya, Marlene Eskind Moses, berkata, sebarang komen yang diletakkan oleh bekas pasangan akan gunakannya sebagai bukti di mahkamah.
Kajian tersebut juga mendapati pasangan yang sedang dalam proses perceraian atau perebutan hak penjagaan anak akan turut mengadu hal tersebut pada rakan di jaringan sosial.
Antara kenyataan Marlene Eskind Moses :
“Dalam satu kes yang pernah berlaku, seorang wanita yang bercerai ingin menuntut hak penjagaan anaknya telah kehilangan hak tersebut kerana dia memberitahu mahkamah dia sudah bertunang dengan pasangan baru.
“Padahal di Facebook dia mengatakan dia sudah berpisah dengan teman lelaki yang suka menderanya dan kini sedang mencari lelaki kaya sebagai ganti.
“Saya memang terkejut bagaimana seorang itu tidak berfikir dahulu sebelum menaip di Facebook masing-masing terutama mereka yang dalam proses perbicaraan mahkamah,”
Mengikut perincian yang diperolehi daripada data kajian AAML, 66 peratus kes perceraian adalah dari Facebook, Myspace 15 peratus dan Twitter (lima peratus).
Maka tidak hairanlah, beberapa ulama Mesir mengeluarkan fatwa mengharamkan Facebook, kerana kesan negatifnya kepada pasangan suami isteri.
Kita kalau nak main Facebook, kalau dengan niat yang salah memang boleh meruntuhkan rumahtangga. Mula-mula join Facebook, pastu cari balik awek-awek lama, yang si isteri pulak, cari balik pakwe lama. Nak tengok perkembangan terkini kononnya.
Tapi dalam secara tak sengaja, boleh minumbulkan kembali nostalgia.Kena pulak dengan hubungan suami isteri tengah tegang, akibat tidak puas dan sebagainya, mula la jadikan pakwe/makwe lama jadi tempat mengadu. Akhirnya, maruah tergadai, anak-anak terbiar, dan cerai.
Banyak kali skrip macamni diulang-ulang.Yang penting, apakah niat kita sebenarnya.Samada nak cari kawan, atau nak cari padah, itu anda tentukan.

Persoalannya, kenapa anda ber-facebook?



~MeRasai KeBahaGiaaN~


orang yang dicintai akan merasa Bahagia
Bahagianya bukan kerana cinta
tetapi dia dicintai kerana Bahagianya

apa itu Bahagia?? dimana Bahagia??
adakah Bahagia datang kerana nasib??
orang kaya sajakah yang Bahagia??
orang yang berjaya sajakah yang berasa gembira??

Tidak Tidak Tidak!!!
semua orang berhak merasa Bahagia
Bahagia bukan bergantung pada nasib
Bahagia bukan pada keadaan
Bahagia bergantung pada bagaimana nasib & keadaan itu diterima

usah dikata "Saya tidak Bahagia , Saya tidak gembira"
kerana....kalau begitulah yang dikata , maka begitulah yang dirasa , begitulah jadinya
kata-kata itu doa , doa yang dikota oleh Maha Pencipta

orang yang tidak merasa Bahagia , selalu terlupa dengan nikmat yang ada
orang yang tak Bahagia sentiase hendakkan apa yang tiada
yang tiada itulah yang dikira
yang ada di depan mata langsung tidak disyukurinya
pabila rasa syukur tiada , maka hilanglah rasa Bahagia

semua orang berhak Bahagia
sesiapa shaja boleh  Bahagia
untuk Bahagia tidak perlu kaya
Bahagia bukan hanya pada benda atau harta
Bahagia itu perasaanlah yang merasa
Bahagia itu pada kesedaran adanya

usahlah dipinta Bahagia pada sesiapa






KERANA BAHAGIA ITU ADA DALAM DIRI MANUSIA