~ FaceBook Punca PenCeraiaN ??? ~





Benarkah kadar penceraian di Malaysia meningkat angkara laman sosial terbesar di dunia sekarang ini, Facebook?
Memang tidak ada kajian khas dilakukan dalam menangani isu ini sebenarnya, namun, jika dilihat secara rambang, jaringan sosial dalam Internet seperti Facebook, Twitter dan Myspace ternyata boleh mendatangkan mudarat kepada keharmonian rumah tangga jika penggunaannya disertai dengan niat yang salah.
Menurut maklumat Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), sebanyak 27,110 kes perceraian telah direkodkan daripada 135,136 perkahwinan yang telah didaftarkan pada tahun 2009.
Punca utamanya ialah pasangan gagal menjalankan tanggung jawab masing-masing. Walaupun tidak diperincikan bentuk kegagalan tersebut, sedikit sebanyak jelas pengabaian tanggung jawab itu memang ada hubung kait dengan ‘ketagihan’ sama ada suami atau isteri dengan laman web sosial masing-masing.
Itu tidak termasuk kes-kes nyaris bercerai kerana salah faham dan cemburu dari hasil hubungan sama ada suami atau isteri di laman Facebook masing-masing.
Di Amerika Syarikat, satu kaji selidik dari Akademi Pengacara Perkahwinan Amerika (AAML) harus diberi perhatian. Hasil kajian mereka menemukan bukti jumlah perceraian meningkat gara-gara aktiviti suami atau isteri di Facebook, Myspace dan Twitter.
Presidennya, Marlene Eskind Moses, berkata, sebarang komen yang diletakkan oleh bekas pasangan akan gunakannya sebagai bukti di mahkamah.
Kajian tersebut juga mendapati pasangan yang sedang dalam proses perceraian atau perebutan hak penjagaan anak akan turut mengadu hal tersebut pada rakan di jaringan sosial.
Antara kenyataan Marlene Eskind Moses :
“Dalam satu kes yang pernah berlaku, seorang wanita yang bercerai ingin menuntut hak penjagaan anaknya telah kehilangan hak tersebut kerana dia memberitahu mahkamah dia sudah bertunang dengan pasangan baru.
“Padahal di Facebook dia mengatakan dia sudah berpisah dengan teman lelaki yang suka menderanya dan kini sedang mencari lelaki kaya sebagai ganti.
“Saya memang terkejut bagaimana seorang itu tidak berfikir dahulu sebelum menaip di Facebook masing-masing terutama mereka yang dalam proses perbicaraan mahkamah,”
Mengikut perincian yang diperolehi daripada data kajian AAML, 66 peratus kes perceraian adalah dari Facebook, Myspace 15 peratus dan Twitter (lima peratus).
Maka tidak hairanlah, beberapa ulama Mesir mengeluarkan fatwa mengharamkan Facebook, kerana kesan negatifnya kepada pasangan suami isteri.
Kita kalau nak main Facebook, kalau dengan niat yang salah memang boleh meruntuhkan rumahtangga. Mula-mula join Facebook, pastu cari balik awek-awek lama, yang si isteri pulak, cari balik pakwe lama. Nak tengok perkembangan terkini kononnya.
Tapi dalam secara tak sengaja, boleh minumbulkan kembali nostalgia.Kena pulak dengan hubungan suami isteri tengah tegang, akibat tidak puas dan sebagainya, mula la jadikan pakwe/makwe lama jadi tempat mengadu. Akhirnya, maruah tergadai, anak-anak terbiar, dan cerai.
Banyak kali skrip macamni diulang-ulang.Yang penting, apakah niat kita sebenarnya.Samada nak cari kawan, atau nak cari padah, itu anda tentukan.

Persoalannya, kenapa anda ber-facebook?



4 comments:

  1. urmm..
    betOl jugak kan..
    skunk ni ramai tOl
    yang salah gunakan facebOok
    sebagai tmpt untuk bersOsial..

    mmg byk kesan burOk facebOok nie..

    ReplyDelete
  2. mmg pun..kadang org salah guna. takutnya effect kt rumahtangga..yg nak cuba test laki org pun ada kt fb ni..so ati2 jela

    ReplyDelete
  3. bagi ayu terpulang pada individu itu sendiri,kolo dia dia nak berkawan x salah tapi kita kena tahu batasan nya dan perlu memikirkan kesan smpingan ape yang akan berlaku kelak,kepada makcik2 pakcik2 kat luar sana,jangan salah kan fb di atas pencerian yang terjadi,kaji selidik dahulu.. ada yang mengaku x ada suami ada yang mengaku x ada isteri...yang penting hati2 dan berwaspada,,,had kan pergaulan kita,,,dan sepatutnya kita kena muhasabah diri kita sendiri, setakat mana yang boleh..

    ReplyDelete
  4. dengan ada nya fb dapat mengeratkan hubungan saudara atau kawan2 yang jauh dimata,,tetapi kolo ada salah gunakan fb tu yang mendatangkan masalah

    ReplyDelete