~ CounTing DayS ~



today : mOOd menulis kureng :(((


to : En IsmaeL >> bile mau sign off !!!!!!





setia ..... sabar menanti kepulangan En Suami 
wahh kepenatan menghitung hari
tak tau la bile dpt pasti sepasti pastinya ia mau sign off
lately ni pulak asik dengar en suami cakap


BUZY  & LETIH

kekadang bile je nk stat bebual time tu pulak mata dh stat mengantuk ..
byk note yg tetunggak ni mau crite ngn en suami

nampaknya catat kt diary jelah isi2 penting yg mau di cerita kan
bila en suami pulang , baru la membebel puas2 ........ ok x ??!!!
hehe


P/S  >>  I want vacation to relax my mind !!!








~ AdaKaH SuaMi SaYa SuDaH BerJaYa ?? ~



Kebahagiaan keluarga merupakan tunjang bagi kejayaan seseorang. Melalui keluarga akan nanti melahirkan ulama, cendiakawan, usahawan atau pimpinan yang unggul.
Suami dalam keluarga memainkan peranan penting dalam memimpin seisi keluarga. Melalui kepimpinan suami itulah mempengaruhi kejayaan Dan kebahagiaan sebuah keluarga.








Bagaimanakah ciri-ciri suami yang berjaya?

Bagi menjawab persoalan ini Kita perlu menyelusuri sirah Rasulullah s.a.w. Sebagai seorang suami yang berjaya malah Baginda mempunyai ciri-ciri suami idaman seluruh wanita.


Ciri-ciri tersebut termasuk:



1- Menyayangi isteri dengan sepenuh hati

Rasulullah s.a.w. Menyayangi Khadijah r.a. Dengan sepenuh hati kerana isterinya merupakan satu nikmat Allah terbesar yang dikurniakan kepada Rasulullah s.a.w. Baginda amat menyayanginya kerana:

Khadijah tinggal bersama Baginda selama suku abad Dan mereka sama-sama merasai saat-saat suka duka.
~Dia membantu Baginda ketika suasana yang getir Dan sukar.
~Dia sama-sama membantu Baginda menyebarkan risalah Allah.
~Dia menyertai Baginda dalam jihad menegak agama Allah.
~Dia mengorbankan kepentingan diri Dan harta bendanya.
Rasulullah s.a.w. Bersabda: “Dia, Khadijah beriman denganku ketika orang ramai mengkufuriku, dia mempercayaiku ketika orang ramai mendustakanku, dia berkongsi denganku harta bendanya ketika orang ramai menghalangku.” (Riwayat Ahmad dalam Musnad Ahmad 6/118)



2- Romantik

Rasulullah s.a.w. Juga merupakan seorang yang romantik. Bagaimana romantiknya Rasulullah?

~Tidur bersama isteri dalam satu selimut – Daripada Atha’ bin Yasar: “Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. Dan Aisyah r.a., selalu mandi bersama dalam satu bekas. Dan pernah suatu ketika Baginda tidur dengan Aisyah dalam satu selimut, tiba-tiba Aisyah bangun. Baginda kemudian bertanya, “Mengapa engkau bangun?” Jawab Aisyah, “Kerana saya haid wahai Rasulullah,” Sabda Rasulullah, “Kalau begitu, pergilah Dan pakaikan kain Dan dekatlah kembali kepadaku.” Aisyah pun masuk, lalu berselimut bersama Baginda.” (Riwayat Sa’id bin Manshur)

~Saling memakaikan wangian – Aisyah berkata: “Sesungguhnya Nabi s.a.w. Apabila meminyakkan badannya, Baginda akan memulai dengan auratnya, menggunakan nurah (sejenis serbuk pewangi) Dan isteri Baginda meminyakkan bahagian lain daripada tubuh Rasulullah s.a.w.” (Riwayat Ibnu Majah)

~Mandi bersama isteri – Daripada Aisyah r.a. Beliau berkata, “Aku pernah mandi bersama Nabi s.a.w., menggunakan satu bekas. Kami bersama-sama memasukkan tangan kami (ke dalam bekas tersebut).” (Riwayat Abdurrazaq Dan Ibnu Abu Syaibah)

~Minum menggunakan bekas yang sama – Daripada Aisyah r.a. Dia berkata, “Saya pernah minum daripada cawan yang sama walaupun ketika haid. Nabi mengambil cawan tersebut Dan meletakkan mulutnya di tempat saya meletakkan mulut, lalu Baginda minum. Kemudian saya mengambil cawan tersebut lalu menghirup airnya, kemudian Baginda mengambilnya daripada saya, lalu Baginda meletakkan mulutnya pada tempat saya letakkan mulut saya, lalu Baginda pun menghirupnya.” (Riwayat Abdurrazaq Dan Sa’id bin Manshur)

~Membelai isteri – “Adalah Rasulullah s.a.w. Tidaklah berlalu setiap Hari melainkan Baginda mesti mengelilingi kami semua (isterinya) seorang demi seorang Baginda menghampiri Dan membelai kami tetapi tidak bersama (bersetubuh) sehingga Baginda singgah ke tempat isteri yang menjadi giliran Baginda, lalu Baginda bermalam di sana.” (Riwayat Ahmad)

~Mencium isteri
Daripada Hafshah, puteri Umar r.ha. : “Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. Mencium isterinya sekalipun sedang berpuasa.” (Riwayat Ahmad)
Berbaring di pangkuan isteri – Daripada Aisyah r.a., “Nabi s.a.w. Meletakkan kepalanya di pangkuanku walaupun aku sedang haid, kemudian Baginda membaca al-Quran.” (Riwayat Abdurrazaq)

~Panggilan mesra – Rasulullah s.a.w. Memanggil Aisyah dengan beberapa nama panggilan yang disukainya seperti Aisy Dan Humaira‘ (is pipi merah delima).
Menyejukkan kemarahan isteri dengan mesra – Nabi s.a.w. Memicit hidung Aisyah r.ha. Sekiranya dia marah Dan Baginda berkata, “Wahai Uwaisy, bacalah DOA: “Wahai Tuhanku, Tuhan Muhammad, ampunilah dosa-dosaku, hilangkanlah kekerasan hatiku Dan lindungilah diriku daripada fitnah yang menyesatkan.” (Riwayat Ibnu Sunni)
Memberi hadiah – Daripada Ummu Kaltsum binti Abu Salamah, dia berkata, “Ketika Nabi s.a.w. Berkahwin dengan Ummu Salamah, Baginda bersabda kepadanya: “Sesungguhnya aku hendak memberikan hadiah kepada Raja Najasyi sepersalinan pakaian Dan beberapa botol minyak kasturi, namun aku mengetahui bahawa Raja Najasyi telah meninggal dunia Dan aku mengagak hadiah itu akan dikembalikan kepadaku, aku akan memberikannya kepadamu.” Dia (Ummu Kaltsum) berkata, “Benarlah keadaan Raja Najasyi seperti yang disabdakan Rasulullah s.a.w. Dan hadiah tersebut dikembalikan kepada Baginda, lalu Baginda memberikan kepada isteri-isterinya sebotol minyak kasturi, manakala baki daripada minyak kasturi Dan pakaian tersebut Baginda beri kepada Ummu Salamah.” (Riwayat Ahmad)



3- Menghormati Dan menjaga perasaan isteri

Rasulullah s.a.w. Merupakan seorang suami yang sentiasa menghormati Dan menjaga perasaan isterinya. Suatu ketika, ketika Rasulullah hendak melaksanakan solat malam, Baginda mendekati isterinya Aisyah. Aisyah berkata: “Di tengah malam Baginda mendekatiku dan ketika kulitnya bersentuhan dengan kulitku Baginda berbisik, “Wahai Aisyah, izinkan aku untuk beribadah kepada Tuhanku.”



4- Tidak berkasar dan berlemah lembut dengan isteri

Berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan dari Rasulullah s.a.w. bahawa pada suatu hari salah seorang isterinya datang dengan membawa makanan untuk dikirimkan kepada Rasulullah yang sedang berada di rumah Aisyah. Tiba-tiba Aisyah dengan sengajanya menjatuhkan makanan itu sehingga piring tersebut pecah dan makanannya jatuh berderai. Melihat sikap Aisyah tersebut, Rasulullah s.a.w. tidak berkasar dengan Aisyah sebaliknya dengan lemah lembutnya Baginda meminta Aisyah menggantikan makanan tersebut.



5- Membantu isteri

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Aisyah r.ha. pernah ditanya seorang lelaki yang bernama Aswad tentang apa yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. ketika berada di dalam rumahnya? Maka Aisyah menjawab: “Rasulullah s.a.w. sentiasa membantu ahli keluarganya melakukan kerja rumah. Dan apabila tiba masuk waktu solat, baginda keluar untuk solat.”

Demikianlah beberapa contoh bagaimana Rasulullah s.a.w. menunjukkan akhlak yang sangat mulia. Kepulangan Rasulullah s.a.w. ke rumah bukan sekadar untuk beristirehat dan bermesra dengan ahli keluarganya sahaja. Bahkan, Baginda di rumahnya juga adalah untuk membantu isterinya menguruskan rumah tangga. Inilah yang Baginda lakukan walaupun mempunyai tugas dan tanggungjawab di luar rumah.

Kesimpulannya, kita perlu mencontohi akhlak dan keperibadian Baginda tersebut. Sesibuk-sibuk kita, tidak seperti sibuknya Rasulullah s.a.w. Setinggi-tinggi pangkat kita di tempat kerja, tidaklah setinggi pangkat dan darjat Rasulullah s.a.w. Maka apakah yang menghalang kita daripada membantu meringankan tugas dan urusan isteri kita di rumah?

Betapa besarnya pengorbanan Rasulullah s.a.w. sebagai seorang suami terhadap isterinya. Maka sebagai seorang suami, contohilah sikap Baginda ini ketika bermuamalah bersama isteri. Manakala buat para isteri, ingatkan suami anda tentang ciri-ciri suami idaman. Semoga berbahagia bersama pasangan anda!

Semoga bertemu cinta hakiki di-dunia dan di akhirat di antara suami yang soleh bersama isterinya yang solehaha insya Allah, sehingga sampai ke Jannatul Firdausi – “Ya Allah perindahkanlah akhlak ku seperti mana indahnya akhlak Rasulullah s.a.w , tenangkanlah hati ku bagai tenangnya air di tasik, dan serikanlah wajahku bagai bercahayanya bulan purnama di hari berserinya wajah orang-orang beriman…. Amin”



~ CinTa Suami IsTeri JaraK JauH ~



Sayangkan anak tangan-tangankan, sayangkan isteri tinggal-tinggalkan.
Perumpamaan itu mungkin ada benarnya terutama bagi pasangan suami isteri yang tinggal berjauhan. Demi kerjaya dan mencari rezeki, semuanya terpaksa dijalani dengan penuh tabah. Namun, jangan sesekali membiarkan cinta jarak jauh ini menjejaskan perhubungan. Tip ini diharap dapat membantu pasangan suami isteri menghangatkan hubungan meski pun berjauhan.







Tip 1: Elak Cemburu Buta

Dalam situasi berjauhan, kepercayaan adalah elemen paling penting. Pastikan hubungan bersifat terbuka dan tiada perkara diselindungkan. Cipta beberapa peraturan asas yang dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak. Agar hubungan tidak menjadi dingin, nyatakan kekerapan untuk saling berhubungan. Selain itu, dapatkan cuti lebih awal untuk menyambut hari-hari istimewa bersama.

Tip 2: Belajar Menerima Hakikat

Tiada pasangan yang mahu hidup berasingan namun jika sudah itu takdirnya, terimalah hakikat dengan terbuka. Jangan tertekan bahkan cuba mengeratkan hubungan dengan apa cara sekali pun. Usah berfikiran negatif dengan menganggap situasi sebegini hanya menjadi batu penghalang. Sebaliknya anggaplah ia dapat membantu memantapkan hubungan memandangkan anda dapat merasai betapa pentingnya si dia dalam hidup anda.

Tip 3: Aplikasikan Teknologi Terkini

Terdapat pelbagai teknologi baru yang dapat menghubungkan pasangan yang berjauhan. Ia buka saja mudah malah tidak perlu mengeluarkan kos. Jika berkelapangan, hantarkan emel kepada si dia. Selain mudah, ia juga boleh disimpan dan dibaca semula apabila rasa rindu mula menguasai diri. Hantarkan juga gambar terbaru kepada pasangan agar ingatannya terhadap wajah cantik atau kacak anda tidak pudar begitu saja.

Tip 4: Bercerita & Berkongsi Masalah

Sikap suka menyembunyikan sesuaitu hanya akan mendatangkan bala. Cara sebaik-baiknya ialah bercerita dan berkongsi masalah. Dalam masa yang sama tanyakan pendapatnya. Usah memendam rasa kerana pasangan pasti akan dapat menghidunya. Lebih baik berterus-terang sebelum pasangan berasa curiga dan merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan perhubungan anda.

Tip 5: Tolak Isu Remeh-Temeh

Sudahlah tinggal berjauhan, bergaduh pula. Situasi ini boleh menjadi parah jika tindakan tidak diambil. Memandangkan anda sukar untuk bersua, elakkan daripada bertekak tentang perkara yang remeh-temeh. Kebanyakannya akan naik angin jika pasangan tidak menelefon pada waktu yang dijanjikan. Usah ikutkan hati kerana mungkin si dia sedang sibuk dan perlu menyelesaikan beberapa perkara terlebih dulu. Anda seharusnya bertenang dan tanya dengan nada yang lembut.

Tip 6: Rancang Kejutan >>> saya shuke yg inih. :)

Dalam mencintai seseorang, anda perlu berfikiran kreatif agar cintanya terhadap anda akan menjadi lebih mendalam. Untuk itu, apa kata anda rancang satu kejutan romantis untuk di sia. Kejutan tidak bermaksud anda perlu mengeluarkan kos, sebaliknya yang kejutan ringkas sudah cukup bermakna.
Lebih menarik jika anda dapat merancang percutian mengejut bersama. Jika perlu, minta pertolongan daripada ahli keluarga atau teman rapat bagi memastikan ia benar-benar satu kejutan.

~ KiTa TenanG HadaPi DuGaaN HiduP ~



Hidup ini umpama pelayaran di lautan. Adakala kita akan dipukul ombak dan taufan. Demikianlah kehidupan kita, tidak selalunya indah dan tidak semua impian akan dikecapi. Terlalu banyak cabaran dan dugaan yang akan kita harungi dan tempuhi. Namun semua itu ketentuan Ilahi, kita perlu redha. Berikut beberapa tip jika kita menghadapi dugaan dalam hidup. 







@   Belajar menerima setiap ketentuan yang datang. Setiap dugaan yang hadir perlulah kita hadapi dengan tabah. Ketabahan itu sebenarnya menjadikan kita lebih matang dalam berfikir.

@   Berfikiran terbuka setiap masa. Jadikanlah setiap apa yang berlaku itu sebagai panduan serta memberikan pengajaran kepada diri kita sendiri untuk melalui kehidupan seterusnya di hari muka.

@   Ceburkan diri dengan pelbagai aktiviti  di luar rumah supaya hidup kita akan sentiasa selesa. Aktiviti riadah ini sebenarnya dapat membuat kita bersahabat dan berkenalan dengan ramai orang. Dengan cara itu kita akan lebih merasa genbira.

@   Jangan mengingati peristiwa sedih yang pernah berlaku dalam hidup. Semua yang berlaku merupakan dugaan Allah dan sebagai hambaNya kita perlu redha dan pasrah.

@   Berdoa dan memohon petunjuk daripada Allah S.W.T. Sebagai seorang ummah Islam kita perlulah sentiasa mendekatkan diri kita dengan Allah supaya hidup kita akan lebih diberkati.

@   Belajar untuk menerima saingan dan memajukan diri sendiri. Bersaingan yang sihat itu perlu untuk memajukan diri kita sendiri.

@   Sentiasa bersabar dan tersenyum gembira. Surah Ali Imran: ayat 200 ada menyebut: " Wahai orang-orang yang beriman bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjkan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh di medan perjuangan dan bersedialah dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan serta bertakwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan)"



~ ApA AdA DenGaN "KeCanTiKaN" ~



Fitrah manusia menyukai kecantikan dan inginkan kecantikan. Cantik itu adalah anugerah. Namun, percaya atau tidak, cantik itu juga sebenarnya merupakan satu ujian. Tetapi perlu diingat bahawa cantik itu adalah amat subjektif.
Barangkali ada yang memiliki wajah cerah dan licin tetapi tidak nampak seri, barangkali ada pula yang gelap dan biasa sahaja tetapi begitu manis dipandang.

Mungkinkah Cahaya iman?
Berbalik kepada tajuk. Cantik adalah ujian. Mengapa begitu?

Cantik sebagai anugerah
1. Meningkatkan rasa syukur
2. Keyakinan diri tinggi
3. Sedap mata memandang
4. Maintanance rendah (sepatutnya)
5. Apabila dikecapi apabila sebelumnya biasa-biasa
Si cantik yang mempunyai wajah licin bersih, pastinya akan bersyukur kerana tidak perlu berat kepala memikirkan bagaimana untuk mengatasi masalah kulit sekaligus mengurangkan kos perawatan muka dan sebagainya. Begitu juga akan membolehkan si cantik yakin melangkah.
Dan paling boleh dianggap sebagai anugerah sekiranya mereka yang boleh dianggap biasa sahaja sebelum ini, kini dianugerahkan dengan rupa paras menarik. Pasti ramai yang mula tertarik.

Cantik sebagai ujian
1. Dijadikan bahan komersial
2. Disayangi hanya kerana rupa
3. Menimbulkan riak dalam hati
4. Apabila nikmat cantik ditarik sekelip mata

Si cantik biasanya menjadi pilihan untuk melariskan pelbagai produk di pasaran. Tidak kiralah pengiklanan produk kecantikan, produk kesihatan hatta produk deodorant lelaki pun menggunakan si cantik sebagai pelaris, tidak semena-mena sahaja deodorant itu perlu diedarkan oleh si cantik sebelum sampai ke tangan si lelaki pemakainya.

Pakaian? Peluk cium usah kira, penambah saham dosa. Oh, tiada kerja!
Si cantik juga seringkali menjadi mangsa jerat cinta si jejaka yang mementingkan rupa semata-mata. Apabila cantik itu hilang, maka hilanglah cinta Sang Pencinta juga. Bukankah itu juga satu ujian? Lebih baiklah mereka yang sederhana paras rupa, yang diyakini disayangi bukan kerana rupa semata-mata.

Riak pula? Seringkali wujud rasa iri hati di kalangan sesetengah individu yang berasa kurang senang dengan kecantikan yang dimiliki orang lain, dan seringkali juga wujud segelintir si cantik rupa yang memandang rendah pada yang lain hanya kerana mereka memiliki aset wajah menarik.

Apa pun, ujian terbesar ialah apabila kecantikan itu ditarik dan hilang sekelip mata. Hilanglah keyakinan diri, hilanglah semangat, dan tidak mustahil hilanglah sebahagian besar mereka yang seringkali menjadi pendamping selama ini.
Kesimpulannya, buat sahabat-sahabat wanitaku, bersyukurlah dengan apa yang ada kerana semuanya tidak kekal selamanya.




~ KeisTimeWaaN WaniTa~


1. Doa wanita lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah S.A.W akan hal tersebut,jawab baginda: "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."

2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 orang lelaki yang soleh.

3. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah S.W.T dan orang yang takutkan Allah S.W.T akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

4. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah)lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki.Maka barang siapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail A.S

5. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah S.A.W) di dalam syurga.

6. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.

7. Daripada Aisyah r.a. "Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

8. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

9. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

11. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan direkannya (serta menjaga sembahyang dan puasanya).

12. Aisyah r.a berkata "Aku bertanya kepada Rasulullah S.A.W, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab baginda,... "Suaminya." "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah S.A.W...."Ibunya. "

13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa sebulan Ramadan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dia kehendaki.

14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah S.W.T memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah S.W.T mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah S.W.T mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah S.W.T

17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

18. Apabila telah lahir (anak) lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

19. Apabila semalaman (ibu) tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah S.W.T memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah S.W.T.

DoSa-DoSa WaniTa Yg TiDak DiSeDaRi



>> SIFAT CEMBURU WANITA KEPADA WANITA LAIN <<

daripada Aisyah,ssungguhnya Rasulullah saw keluar dari rumah Aisyah pada suatu malam.lalu Aisyah berkata,"aku merasa cemburu terhadapnya jika dia mendatangi isteri yang lain"

lalu Rasulullah saw kembali kepada Aisyah dan bertanya,"adakah engkau cemburu?"

Aisyah menjawab,"bagaimana wanita seperti aku tidak mencemburui suami sepertimu?"

Rasulullah saw menjawab,"rupanya syaitan telah mendampingimu"

Aisyah bertanya,"adakah syaitan bersamaku?"

Rasulullah saw menjawab,"tiada seorang pun kecuali ALLAH yg tak didatangi syaitan"

Aisyah bertanya,"adakah syaitan juga turut bersama mu?"

Rasul saw menjawab,"benar,tapi ALLAH telah membantuku untuk mengalahkannya sehingga aku selamat(ditakrij muslim dan annasai"



>> MENCACI MAKI SAKIT DEMAM <<

daripada Jabir berkata Rasulullah saw memasuki tempat tinggal Ummu Assa'ib seraya bertanya,"mengapa engkau bergoncang2 begitu?"

Ummu Sa'ib menjawab,"kerana aku demam,,ah,tidak!semoga ALLAH membarakahi demamku ini"

Rasulullah saw berkata'janganlah engkau mencaci maki sakit demam.sesungguhnya ia menghapuskan kesalahan bani Adam sebagaimana tempat api tukang besi yg menghilangkan kerak besi."



>> MEMBATASKAN KELAHIRAN <<

pembatasan kelahiran boleh juga di sebut sebagai merancang keluarga,yang mana termasuk dalam agenda kerajaan di pelusuk negara.
msalah ingin membataskan keturunan ini seringkali di sebabkan kerana kegusaran dan ketakutan manusia dalm menghadapi masalah duniawi seperti kemiskinan dan lain2..walhal ALLAH telah pun mnjanjikan rezeki pada hamba2 Nya yang berusaha.

seharusnya wanita lebih menghayati suara kebenaran daripada ALLAH dan meyakini keagungan serta kemurahanNYA