~ aku dah lalui saat nih..tapi ......... :( ~



ade ker ek org nak baca entri aku nih...
heheee .... sal sume member dah ade "HANDBAG" memasing ...
so takat nak baca entri ni ... sume dah penah merasainye ..

tapi !!! aku pon penah !! cume ... x perasan jer :(
ok ok ok .... dun sad2 .. jangan dipikir bnda yg lepas ...
jom baca .... suke sgt .. :))


1. Rasa lapar yang berpanjangan

Juga terjadi pada orang yang tidak hamil tetapi lebih kerap terjadi pada awal kehamilan. Jangan bergantung sepenuhnya kepada tanda ini tetapi sekiranya ia berlaku disamping tanda-tanda kehamilan yang lain, bersiap-sedialah untuk membilang hari anda.

2. Perubahan pada warna di sekliling payudara

Sekiranya kulit disekitar puting anda menjadi kehitaman, kemungkinan anda sudah pun beberapa minggu mengandung. Walaubagaimanpun, ia juga terjadi disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon tidak berkaitan dengan kehamilan atau disebabkan kandungan yang terdahulu.

3. Kerap membuang air kecil

Sekiranya janin sudah mula terbentuk dan rahim yang semakin membesar mula menekan pundi kencing anda, anda akan mersa kerap untuk buang air.

4. Merasa tidak bermaya

Rasa seperti tiada tenaga sepanjang masa? Hormon yang dikeluarkan di masa awal kehamilan boleh membuatkan anda berasa letih dengan cepat. Rasa letih dan tidak bermaya adalah sesuatu yang kerap terjadi di awal kehamilan.

5. Sakit dan tegang pada buah dada

Sekiranya anda mengandung, buah dada anda akan menjadi semakin sakit pada sentuhan, agak serupa dengan ketidakselesaan yang terjadi pada buah dada anda sebelum haid. Apabila badan sudah menjadi biasa dengan kejadian hormon ini, kesakitan akibat ketegangan akan menjadi semakin berkurangan.

6. Pendarahan implantasi dan senak pada ari-ari

Lebih kurang 8 hari selepas ovulasi, anda mungkin akan mengalami sedkit pendarahan dari faraj dan senak pada ari-ari akibat dari implantasi. Anda juga mungkin mengalami keadaan yang sama semasa pada sekitar masa anda sepatutnya datang haid hari pertama.

7. Rasa loya dan muntah

Sekiranya anda bernasib baik, morning sickness ini tidak akan menyerang, kecuali selepas beberapa minggu hamil. Tetapi segelintir wanita akan mula merasa mual dan rasa luar biasa pada lidah walaupun cuma selepas beberapa hari mengandng.

8. Suhu asas badan tinggi berpanjangan

Sekiranya anda memang sedang membuat pemerhatian dengan mengambil suhu badan asas anda setiap pagi, anda akan mendapati paras susu badan secara konsisten melebihi paras asas sejak dari hari pertama ia naik.

9. Missed period

Sekiranya haid anda teratur sebelumnya dan sekarang ia sudah lewat beberapa hari. Inilah masanya untuk anda menjalani ujian air kencing untuk kehamilan.
Dan akhirnya..


10. Ujian air kencing yang positif

Sekiranya anda sudah beberapa hari ketinggalan haid dan terdapat 2 jaluran pada ujian air kencing, kemungkinan besar anda sudah mengandung. Jumpalah doktor untuk kepastian dan...



seronok la ..
bila nak macam nih !!!
nak rasa saat2 yg amat berharga buat wanita ...
apa rasenyer eh? berat x? apa rasanyer baby kt lam tuh??
ermmmm ...



...Tahniah!

bulum lagih daaaaa ........

~ AkTiviTi PeTanG Di CoRneR LoT KapaL ~



peh tajuk entri cam gempak jer kan... corner lot gitu ..
yelah pasal rumah aku kt corner lot kapal nie ...hahaha
hari2 mencari kelainan aktiviti di kala waktu petang ... untuk menghilang boringggg

akcelli ...
aku dh rindu banget nk kuar seshoppin nih .... tangan dh gatal sgt nk kuarkn duit ... heheheee
windu nak mgukur jalanraya nih ...
x la ... sal lg bape bulan jer lg nk pose n raya ...
so dh jd tanggungjwb aku nk mncri baju raya aku ngn en suami ... 
heee....still bedua lagi... klau sesape de anak lg fenin kan ...
nak cri baju utk dorang lagi ... 
tp tunggu next entri aku sal citer raya ni yer ... kang lari lak dri tajuk utama kt atas tuh ..

u olss nak tahu pe aktivit petang yg sllu aku bt kt ats kapal nih ???
jom tgk pic kt bawahhh tuh ...















heeee .......tadaaa !!! membaca amalan mulia serta jambatan ilmu !! hehehe
nilah die faverito book en suami ...
wah...kusyuk sungguh en suami menghayati tuh ... :)
memang kitaorg ni giler ngn buku
kalau jejalan kt shoppin mall .. msti nak msuk kedai buku ..
dh jd 1 kwajipan kami ... klu masuk kedai buku mesti akan bli 2 @ 3 @ 4 buah buku ..
dan kitaorg memang bt koleksi buku kt uma ..
cuma impian nk wat mini library tuh lom lg terlaksana ...








ooo ...
tapi si isteri nyer plak apo di buek nyo ...
amboii kusyuk sungguh ya..









arh....isteri die ni kusyuk melayan MUKABUKU (fesbook) jelah ..
selain merangkap jawatan cameraman eh silap camerawomen ...
yelah ...waktu siangkan turn aku layan tenet....
waktu malam turn abg laks .. x gitu Mr.Ismael ???

ar di corner lot ..di sini lah tempat kitaorng bersantai ..
selain menyembang .. meluahkan prasaan... ceh
disini jgklah aku amk idea nk cri entri yg besh di belog nih ..
pasni msti aku windu kt tmpt nie cz x lama lg dh nak balik ,, :(
babaiii ...  








HaTi TeNaNg SaYa Nak BahaGia !! part 2




Bagaimana mendapatkan hati yang tenang dan bahagia:


1. Elakkan mengambil tahu tentang mereka di sekeliling kita yang kelihatan bahagia dan membandingkan dengan diri kita. Ini adalah tidakan yang negatif dan pesimis kerana ia bukan saja membuatkan kita berasa “Kenapa aku yang tidak bahagia, sedangkan orang lain boleh bahagia?” malah menjadikan kita menolak kebahagiaan dalam dari kita sendiri. Bila kita sering merasakan kita tidak bahagia kerana melihat orang lain yang bahagia, perlahan2 bahagia itu akan lari dari kita.
2. Fokus pada sesuatu perkara yang membahagiakan. Jangan melihat pada apa yang hilang dari kita, sebaliknya lihat pada apa yang masih tinggal. Kalau pasangan kita tak membahagiakan dari sesuatu sudut, pandanglah pada sudut yang lain. Jangan difikir pada benda yang tak ada, sebaliknya optimumkan apa yang tinggal untuk kita dan berbahagialah.
3. Melihat pada mereka yang lebih malang nasibnya. Kalau kita miskin, syukurlah kita tidak hidup melarat. Kalau kita tak ada kerja, syukurlah kita masih boleh makan dan tidak perlu pergi mencuri merompak. Kalau pasangan kita mengabaikan kehendak kita, syukurlah dia tidak ‘main’ luar. Kalau anak kita sering sakit, syukurlah kita ada duit untuk merawatnya. Di luar sana ramai orang hidup melarat, homeless, pasangan yang curang dan zalim,anak-anak menderita sakit sebab takde duit….
4. Menjadikan masa-masa yang ada untuk meperbaiki diri, bukan menangisi nasib. Kita selalu rasa tak bahagia, kerana kita ada banyak masa untuk memikirkan tentang betapa tidak bahagianya kita. Gunakan masa yang ada itu untuk memperbaiki diri, mencari kebahagiaan yang hakiki itu,bukan merintih dan mengeluh “Betapa malangnya nasibku~”. Rintihan yang paling baik adalah rintihan pengaduan kepada Tuhan. Jadi, mengadulah padanya.
5.Usah pinta dikecilkan ujian, tapi mintalah dibesarkan hati. Bila Allah menurunkan sesuatu, contohnya perasaan tidak bahagia itu, kita mungkin sering minta supaya diberikan kebahagiaan, dan dibawa benda2 kesedihan itu jauh2. Mintalah doa dilindungi dari hammi wal hazan yakni kegelisahan dan kesedihan, dan dikuatkan hati, diberi kesabaran dan ketahanan untuk menghadapi ujian2. Setiap perkara yang Allah turunkan kepada kita, adalah untuk menguatkan kita. Masa kita belajar, kita diberi ujian dan peperiksaan untuk melihat prestasi kita. Sekiranya semua soalan bocor, dan cikgu pula banyak diskaun markah, apa yang kita dapat? Masuk U kita mungkin jadi yang paling bodoh sebab sebelum ni cikgu banyak tolong. Allah memberikan kita ujian2 supaya kita dapat hadapi masa depan yang lebih mencabar. Gembiralah dengan ujian-Nya dan kuatkan hati.

6. Mengadu hanya kepada-Nya. Allah sentiasa ada bersama kita. Kadangkala diberikan hati yang tidak bahagia, sebagai mesej kepada kita bahawa apa yang kita nikmati didunia ni bukan asbab kebahagiaan. Bahagia itu ada bersama-Nya. Hati yang gusar dan tidak tenang, adalah petanda Allah memanggil2 kita untuk mendengar pengaduan kita. Ya, kita boleh jumpa mana2 kaunselor atau pakar motivasi, atau psychiatrist sekalipun, tapi mereka cuma boleh menunjukkan alternatif untuk menyelesaikan masalah kita, sedangkan Allah itu sendiri adalah penyelesaiannya.
7. Syukur dengan apa yang ada, jangan mengeluh pada apa yang tak ada. Pasangan yang tak romantik, tapi kita ada pasangan. Ramai lagi di luar sana masih tercari2 pasangan hidup untuk berkongsi kebahagiaan mereka. Syukur..syukur… kita ada tempat bergantung. Ada orang yang tak bertemu jodoh, atau jodoh tak panjang. Namun itu bukan sebab mereka tidak berasa bahagia. Allah berada dalam tiap2 hati itu bukan kerana dia berkahwin atau tidak, beranak atau tidak, kaya atau tidak. Dia tetap ada, cuma kita saja yang kadang2 nampak, kadang2 tidak.
8. Diri kita berhak untuk bahagia! Jangan jadikan perkara2 menyedihkan dan tidak membahagiakan itu sebagai benteng untuk kita mencapai kebahagiaan. Ada orang yang tunduk kepada masalah dan akhirnya hidup dalam keadaan yang tak happy. JANGAN MACAM TU! Kita berhak untuk mendapat kebahagiaan. Jika pekerjaan kita tak membahagiakan, jangan fokus pada yang tak bahagia tu. Mungkin cuma fokus pada gaji je, hehehe. Adeh. Kalau pasangan kita kurang membahagiakan, jangan biarkan dia menghilangkan mood kita untuk bahagia. Fokus pada diri kita dan buatlah aktiviti2 yang boleh buat kita happy.
9. Tunjukkan pada dunia bahawa kita adalah individu yang paling bahagia, dan kita tak perlukan apa-apa untuk berasa bahagia, kerana kehidupan ini memang sesuatu yang membahagiakan!


selamat beramal !!

HaTi TeNaNg SaYa Nak BahaGia !! part 1



Semua orang inginkan kebahagiaan. Tak ada orang yang tak mahu hidup bahagia. Orang gila lagi-lagi lah nakkan bahagia, malah mereka diberi bahagia bila dihantar ke Hospital Bahagia.
Bila seseorang itu bernikah, biasanya dia akan dapat ucapan “Selamat Berbahagia” daripada bekas teman lelaki/wanita, kerana perkahwinan itu membahagiakan.
Tapi, ada ketikanya hati berasa tak bahagia dan tenang. Bila lihat kebahagiaan orang lain, kita berasa gusar. Berasa serba tak cukup. Mungkin kita tidak kaya. Mungkin pasangan kita tidak cukup membahagiakan. Mungkin keluarga kita tidak bahagia.
Apakah sebenarnya kecukupan itu yang membawa kebahagiaan?
Ada orang kaya harta berjuta2, tapi hatinya tak bahagia.
Ada orang punya isteri tiga, tapi hati tak bahagia.
Ada orang ada suami yang hebat, tapi tak bahagia.
Ada orang ada keluarga ternama, tapi tak bahagia.
Jadi, apa sebenarnya dan di mana letaknya bahagia tu?
Oh, ia simple saja.
Berkata al-Ghazali “Bahagia dan kenikmatan sejati ialah bila dapat mengingati Allah. Ketahuilah bahawa kebahagiaan setiap sesuatu ialah bila kita merasakan nikmatnya kesenangan dan kenikmatannya, dan kenikmatan itu ialah menurut sifat kejadiaannya masing-masing. Kenikmatan mata ialah bila melihat apa yang indah, kenikmatan telinga ialah bila mendengar suaru merdu dan demikian pula anggota lainnya. Sedangkan kenikmatan hati ialah keteguhan ma’rifat kepada Allah karena hati itu dijadikan adalah untuk mengenal Tuhan.”
Surah ke-13 ayat ke-28 Allah berfirman “Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenang.”.
Namun kita sering terkeliru dan terkelabu dengan perkara2 seperti harta, pasangan, anak-anak dan sebagainya sebagai sumber kebahagiaan. Tidak, malah itu semua adalah elemen2 yang akan membahagiakan apabila kita bahagia. Berapa banyak orang kaya yang bunuh diri, adakah harta membahagiakan mereka? Berapa orang berkeluarga yang menghadapi tekanan perasaan hingga sanggup membunuh ahli keluarga sendiri, adakah keluarga membahagiakan mereka?
Allah telah berfirman dalam surah ke-3 ayat ke-14 “Dijadikan indah pada pandangan manusia kecintaan terhadap apa-apa yang diingini, (yakni) wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup didunia, dan di sisi Allah lah tempat kembali yang baik”
Itulah bukti bahawa manusia sering keliru dengan punca2 kebahagiaan, kerana pada pandangan kita, wanita-wanita (pasangan), anak-anak, harta adalah subjek2 yang membuatkan kita bahagia. Sedangkan bila dah bernikah, dan beranak, masih juga hati berasa gusar, tidak tenang, dan tidak bahagia.
tips kebahagiaan pulak..jom ke part 2 !!

~ TiPs buat Mrs Eshmael yg asik stress je nih!! ~ :)


salam semua...arini xde citer menarik pun nk share...
cz kureng ade mood plk... xtahu nk citer kt sini cmne..
problemo ni plk blh bt kiter stress...so aku pn google la nk cri tips utk mghilangkan stress..
cz klu kita asik ngn stress stress stress leh dapat pykit tau... sooo

so jom baca !!!


Hidu wangi-wangian. Dikatakan bahawa wangi-wangian seperti yang biasa kita kenali sebagai wangian aroma terapi contohnya wangian lavender atau seumpamanya mampu menghilangkan stress. Tak percaya  cuba try tengok…Kamu semua mesti suka akan wangi-wangian kan? Apa perasaan kamu bila terhidu sesuatu yang wangi

Menangis. Aktiviti ini sering dilakukan biasanya kaum hawa lah…Kenapa yek? Dalam kajian, dikatakan bahawa 85% stress akan hilang bersama-sama tangisan kerana sewaktu kita dalam keadaan stress, ada chemical yang terhasil daripada nya…So, bila menangis, chemical tadi akan ikut air mata tadi kuar bersama-sama. Hahaha…percaya atau tidak, tanya kaum hawa yang biasa wat keje nih.

Dengar muzik. Ada juga antara kita yang suka dengar muzik apabila stress. Tapi muzik tesebut adalah mengikut selera seseorang. Tak mungkin akan hilang stress bagi peminat R&B tetapi mendengar lagu Rap Cina. Hahah.

Berbual atau berkongsi dengan sahabat rapat. Biasanya nih yang last kita semua buat, kan! Bila stress datang jer cubalah carik sahabat yang betul2 rapat dengan kamu untuk kongsi masalah. Percaya atau tidak terpulanglah. Bila dah cerita, mulalah kawan2 akan ajak gi shopping atau makan banyak2…hehe. Release, kan? Sebenarnya bukan idea yang kita perlu mintak, cukuplah sekadar teman mendengar. Sekurang kurangnya terubat jugak hati kita.

Last but not least, DOA. …sebab apa2 yang kita buat mesti selalu igt pada NYA kerana ia adalah ujian. Mudah-mudahan kita dilapangkan dada dan minda supaya dapat berfikiran waras walaupun stress.



ada lagi nih ....

tips yang lain plak .. :))







5 Tips & Cara Menghilangkan Stress

Stress atau tekanan emosi merupakan suatu lumrah dalam kehidupan. Terdapat 2  jenis stress ini iaitu stress yang positif dan stress yang negatif. Jika stress  jenis positif ini sebenarnya membawa kepada manfaat yang baik serta tidak  menjadi bebanan yang terlampau serius dalam kehidupan seharian. Manakala stress  yang negatif boleh membawa risiko yang buruk terhadap emosi maupun kesihatan  diri. Sehubungan itu saya mengetengahkan 5 tips & cara menghilangkan stress  dengan berkesan iaitu : 

1 - Mulakan dengan teknik mengawal pernafasan dengan tenang dan  tersusun. Bernafas adalah perkara paling asas

dalam hidup manusia, tanpa  pernafasan sememangnya sukar untuk hidup di dunia ini. Oleh itu gunakan udara  yang dianugerahkan tuhan ini untuk mengembalikan kesegaran di dalam minda dan  jasad dengan secukupnya. Pejamkan mata dan kosongkan fikiran.. tarik nafas  perlahan-lahan dan sedalam-dalamnya.. berhenti seketika sebelum menghembusnya  dengan teratur. Ulang sehingga 7 kali dan ia akan memberi impak yang baik dengan  oksigen yang cukup di dalam otak dan badan untuk membolehkan kita mengatur  semula kehidupan.

  2 - Senyum dan aktifkan

perasaan positif di minda. Ini teknik kuasa  minda sejati, cara untuk aktifkan perasaan & fikiran positif ini adalah  dengan senyuman dan fikirkan perkara-perkara yang menyeronokkan. Kita perlu ubah  'mindset' daripada negatif kepada positif dengan gabungan teknik visualisasi (imaginasi) & afirmasi (pernyataan positif).  Sebagai contoh saya mahu berjaya dan saya impikan diri saya mendapat segalanya  yang saya mahu seperti impian menjadi kenyataan, berjaya menggapai anugerah,  dihormati dan dikagumi, terkenal dan mahsyur, berdiri di atas pentas mendapat  tepukan gemuruh dan hebat daripada audiens serta lain-lain impian yang kita  mahukan terjadi. Kita perlu ubah masalah menjadi peluang. Inilah masanya untuk kita senyum dan  yakin dengan diri sendiri bahawa semua ini mampu diselesaikan dengan sabar,  redha, gigih, cekal, yakin dan tawakal. Perasaan maupun fikiran  positif seperti ini membolehkan kita melangkah lebih jauh
dalam mengatasi  apa jua masalah dalam hidup.

 3 - Kenalpasti punca masalah dan buat keputusan (decision making) 

dengan penyelesaian strategik. Teknik menangani masalah ini kita boleh guna  konsep PDCA iaitu Plan - Do - Check -Action. Dengan perancangan yang  baik dalam mengatasi masalah saya rasa kita sudah mampu untuk kembali ke arah kejayaan. 4 - Berkongsi & melepaskan tekanan dengan beransur-ansur.  Sekiranya stress dan tekanan itu terlalu kuat sehingga tidak mampu dikawal lagi  maka teknik 'melepas' itu boleh disalurkan ke tempat yang betul sama ada dengan bersukan jogging, tinju punching bag, main pc games, ping pong, memancing atau  lain-lain hobi yang dapat menenangkan perasaan kita. Boleh juga berkongsi  masalah itu dengan kaunselor maupun orang yang terdekat yang memahami kita.

 5 - Kembali kepada sumber segala motivasi & inspirasi TERAGUNG.

 Di  sinilah yang membezakan manusia yang percaya pada tuhan dan yang sebaliknya. Di  dalam Islam, Allahu Rabbul Izzati adalah sumber segala motivasi terbesar  pada hambaNya. Bertuah orang-orang Islam ini dikurniakan Nabi Muhammad S.A.W  serta mukjizat alQuran yang amat besar manfaatnya. Oleh itu kaum muslimin  muslimat jika dihayati Islam sebagai the way of life sudah tentu kita  akan menemui ketenangan dan kedamaian di dalam hati dengan zikir, solat dan  segala yang diperintahkan.
Sehubungan itu jangan lupa tuhan dalam kehidupan  seharian, banyakkan berdoa yang baik-baik, mohon
dipermudahkan urusan serta  minta denganNya seikhlas hati untuk berjaya di dunia dan akhirat.

~ I will always love you Mr Ismael ~



If I should stay
I would only be in your way
So I’ll go, but I know
I’ll think of you every step of the way


And I will always love you
I,will always love you
You, my darling you, you

Bitter sweet memories
That is all I’m taking with me
So goodbye, please don’t cry
We both know I’m not what you need





I hope life treats you kind
And I hope you have all you dreamed off

And I wish to you joy and happiness
But above all this I wish to you love




~ Gambaran kiamat menurut al-Quran ~



SURAH al-Zalzalah termasuk dalam kategori surah Madaniyyah. Inilah pendapat Ibn Abbas, Qatadah, Muqatil dan jumhur ulama. Sedangkan Ibn Mas’ud, Ata’ dan Jabir pula berpendapat ia termasuk dalam surah Makiyyah.Ia mengandungi lapan ayat dan diturunkan selepas surah al-Nisa’. Hubungan surah ini dengan surah al-Bayyinah adalah: Dalam surah yang lalu diterangkan balasan yang diterima oleh orang yang beriman dan orang kafir. Dalam surah ini pula, Allah SWT menjelaskan waktu dan tanda-tanda berlaku hari kebangkitan.
Sebab nuzul
Orang kafir sering bertanya tentang hari pengadilan. Mereka bertanya: Bilakah datangnya hari Kiamat itu? Manakala sesetengah yang lain bertanya: Bilakah datangnya janji itu?
Dalam surah ini, Allah SWT menerangkan tanda-tanda akan berlakunya hari kiamat agar mereka mengetahui bahawa tiada jalan lain untuk menentukan hari itu iaitu hari yang didedahkan kepada manusia bahawa mereka semua akan kembali menghadap Allah SWT untuk mengurniakan balasan pahala kepada orang yang beriman serta seksaan kepada orang yang melakukan perbuatan dosa.

Tafsiran ayat
Firman Allah SWT: Apabila bumi digoncangkan dengan goncangan (yang dahsyat). Dan bumi telah mengeluarkan beban-beban berat (yang dikandungnya).
Ibn al-Jauzi menyebut dua pendapat ulama berkenaan dengan waktu goncangan tersebut:
i. Ia berlaku di dunia dan termasuk tanda kiamat. Inilah pendapat kebanyakan ulama.
ii. Ia goncangan pada hari kiamat. Inilah pendapat Kharijah bin Zaid.
Berkenaan dengan maksud telah mengeluarkan beban-beban berat:
i. Orang-orang mati dibangkitkan seperti kata Ibn Abbas.
ii. Segala bahan simpanannya daripada emas, perak dan lain-lain seperti pendapat Atiyyah.

Sayid Qutub berkata: Itulah peristiwa hari Kiamat di mana seluruh bumi bergegar dengan gempa-gempa yang paling dahsyat dan meluahkan segala isi perutnya dari mayat-mayat, logam-logam dan sebagainya, seolah-olah bumi mahu meringankan tubuhnya daripada kandungan-kandungan yang berat itu.

Itulah satu pemandangan yang menunjukkan segala sesuatu yang tegak di bumi telah bergoyang di bawah tapak kaki para pendengar surah ini. Mereka merasa terhuyung-hayang, bumi terus bergegar dan bergoncang di bawah tapak kaki mereka, satu pemandangan yang menakutkan hati yang selama ini menyangkakan segala apa yang tegak di bumi itu akan tetap teguh, kukuh dan kekal abadi.

Inilah kesan pertama kiamat yang digambarkan oleh al-Quran, satu gambaran yang benar-benar hidup dan menjalar ke dalam saraf-saraf pendengar ayat-ayat ini sebaik sahaja mendengar ungkapan al-Quran yang unik ini.
Kesan ini bertambah apabila digambarkan reaksi manusia terhadap pemandangan itu dan dilukiskan keadaan-keadaan perasaan mereka ketika melihat pemandangan ini.
Firman Allah SWT: Dan manusia bertanya: Mengapa bumi (menjadi begini)? Pada hari itu bumi menceritakan beritanya. Kerana sesungguhnya Tuhanmu telah memerintahkan (yang sedemikian itu) kepadanya.
Al-Mawardi mengemukakan maksud bumi mengkhabarkannya kepada dua pendapat:
i. Perkhabaran berkenaan segala amalan hamba yang dilakukan di dunia dahulu. Inilah pendapat Abu Hurairah.
ii. Mengkhabarkan berkenaan perihal kiamat. Inilah pendapat Ibn Mas’ud
Ketika berlakunya gempa bumi yang hebat ini, bumi menceritakan isinya kepadamu dalam bentuk kegoncangan, getaran yang hebat dan gerakan bumi yang dahsyat serta kehancuran seluruh isinya yang tiada tandingannya sebelum ini.

Justeru, ia akan memberi jawapan dan pengertian kepada orang yang bertanya bahawa kegoncangan yang sedang berlaku itu bukan kerana sebab-sebab yang biasa berlaku ketika seluruh alam berada dalam keadaan normal.

~ Kenapa Wanita/Perempuan Mudah Menangis ?? ~







Di bawah ini hanyalah sebagai pengetahuan kepada anda sekalian untuk mengetahui kenapa perempuan mudah menangis. Supaya bagi mereka-mereka yang lelaki tahu, kenapa teman wanita mereka terlalu mudah untuk mengalirkan air mata sekiranya berlaku sesuatu dalam perhubungan.


Suatu hari, seorang anak bertanya kepada ibunya, “Ibu, mengapa ibu menangis?”
Ibunya menjawab, “Sebab ibu adalah perempuan, nak.”

“Saya tidak mengerti ibu,” kata si anak.
Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat. “Nak, kau memang tak akan mengerti…”

Kemudian si anak bertanya kepada ayahnya. “Ayah, mengapa ibu menangis?”
“Ibumu menangis tanpa sebab yang jelas,” sang ayah menjawab.

“Semua perempuan memang sering menangis tanpa alasan.”

Si anak membesar menjadi remaja, dan dia tetap terus bertanya-tanya, mengapa perempuan menangis? Hingga pada suatu malam, dia bermimpi dan bertanya kepada Tuhan, “Ya Allah, mengapa perempuan mudah menangis?” Dalam mimpinya dia merasa seolah-olah mendengar
jawapannya:


“Saat Ku ciptakan wanita, Aku membuatnya menjadi sangat utama.


* Kuciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga bahu itu harus cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur.

* “Kuberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan bayi dari rahimnya, walau kerap berulangkali menerima cerca dari si bayi itu apabila dia telah membesar.

* “Kuberikan keperkasaan yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah saat semua orang sudah putus asa.

* “Ku berikan kesabaran jiwa untuk merawat keluarganya walau dia sendiri letih, walau sakit, walau penat, tanpa berkeluh kesah.

* “Kuberikan wanita perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya dalam apa jua keadaan dan situasi. Walau acapkali anak-anaknya itu melukai perasaan dan hatinya. Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada anak- anak yang mengantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat didakap dengan lembut olehnya.

* “Kuberikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya melalui masa-masa sukar dan menjadi pelindung baginya.
Sebab bukankah tulang rusuk yang melindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak..?

* “Kuberikan kepadanya kebijaksanaan dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan menyedarkan bahawa suami yang baik adalah yang tidak pernah melukai isterinya. Walau seringkali pula kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap berdiri sejajar, saling melengkapi dan saling menyayangi.

* “Dan akhirnya, Kuberikan wanita air mata, agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus kepada wanita, agar dapat dia gunakan bila-bila masa pun dia inginkan. Ini bukan kelemahan bagi wanita, kerana sebenarnya air mata ini adalah “air mata kehidupan.”


~ Zahwa Homestay ~




ZAHWA HOMESTAY














Sesuai di sekitar MITC Air Keroh, Zahwa homestay terletak di Taman Tasik Utama



* - MITC Alami Masjid.
* - Shopping Mall: Mydin dan MITC Fashion City (di dekatnya) Jusco danMelaka Mall (6 km)
* - Restoran: Subaidah (24 jam), Restoran Ayoob. (24 jam), Nasi Kandar (23 jam), Ikan BakarMalim, Naiman, RFC,   Dimas dan banyak lagi
* - Pelancongan Tempat Menarik: 5 minit memandu ke Zoo Melaka, Wonderland Water Theme Park, Planetarium, MITC Exhibition Hall, Buggy Ride di Botanical Garden dan bandar Melaka Bersejarah yang hanya 15 km.
* - Learning Centre - UTeM, MMU
* - Sukan & Rekreasi: Pusat Bowling Melaka International (MIBC), Padang Golf(AKCC, Tiara GCC, Hias GCC), Tasik Rimba di Taman Tasik Utama.

Zahwa Homestay adalah sebuah rumah teres dengan terdiri daripada 1 bilik tidur utama besar dengan bilik mandi, 2 bilik dengan bilik mandi 

Ia menawarkan hidup nyaman seperti suasana rumah sendiri bahkan berada jauh dari rumah. Bagi yang suka pergi dalam kumpulan kecil, Zahwa Homestay dengan mudah dapat menampung 2 - 3 keluarga pada suatu masa.

Untuk membuat tetamu benar-benar merasa di rumah kami menawarkan kemudahan-kemudahan seperti:

* - TV LCD dengan ASTRO,
* - Kemudahan Memasak: - Rice cooker, dapur,peti sejuk, peralatan memasak,Dining set dan banyak lagi


RM200/day. Weekend RM250. 
Check in petang waktu 2:00 dan check out 12.00 
Pembayaran secara penuh sebelum masuk.


Di Zahwa Homestay disediakan telekung dan sejadah bagi orang yg beragama Islam.

Mengapa membayar lebih ketika anda boleh mendapatkannya lebih murah di sini.
contact : 012-293 5657 / 03-88884914

Facebook : Zaherah Samah / Anur Hafizah Ismael (pm only)

email : zaherah56@yahoo.com



Right in the vicinity of MITC Air Keroh, Zahwa homestay is located in Taman Tasik Utama and in close proximity to:

* - Masjid Alami MITC.
* - Shopping Centre : Mydin and MITC Fashion City (nearby) Jusco and Melaka Mall (6 km away)
* - Restaurant : Subaidah (24hr), Ayoob (24hr), Nasi Kandar (23 hr), Ikan Bakar Malim, Naiman,RFC, Dima and many more
* - Tourist Attraction: 5 min drive to the Zoo, Wonderland Water Theme Park, Planetarium, MITC Exhibition Hall, Buggy Ride at Botanical Garden and Historical town of Melaka which is only 15 km away.
* - Learning Centre - UTeM, MMU
* - Sports & Recreational : Melaka International Bowling Centre (MIBC), Golf Courses (AKCC, Tiara GCC, Orna GCC), Tasik Rimba at Taman Tasik Utama.

Zahwa Homestay is a Terrace house with consists of 1 huge master bedroom with attached bathroom, 2 rooms with shared attached bathroom and 1 room.

It offers a comfortable homelike living even being away from home. For those who like to be away in a small group, Zahwa Homestay can easily accommodate 2 - 3 families at a time.

To make guest really feel at home we offer basic amenities:

* - LCD TV with ASTRO,
* - Cooking facilities :- Rice cooker, Stove, Refrigerator, Cooking utensils, Dining set, Tea making facilities and many more


Promotional Rate not to be missed RM200/day. Weekend RM220. Check in time 2:00 pm and check out 12:00 pm. Payment in full before entry.

Please pay in advance your booking fees to ensure your booking is confirmed.

In house shopping is available and get yourself Muslimah Fashion at unbelievable price. Why pay more when you can get it cheaper here.


contact : 012-293 5657 / 03-88884914

Facebook : Zaherah Samah / Anur Hafizah Ismael (pm only)

email : zaherah56@yahoo.com