skip to main |
skip to sidebar
~ TiPs buat Mrs Eshmael yg asik stress je nih!! ~ :)
salam semua...arini xde citer menarik pun nk share...cz kureng ade mood plk... xtahu nk citer kt sini cmne..problemo ni plk blh bt kiter stress...so aku pn google la nk cri tips utk mghilangkan stress..cz klu kita asik ngn stress stress stress leh dapat pykit tau... sooo
so jom baca !!!
Hidu wangi-wangian. Dikatakan bahawa wangi-wangian seperti yang biasa kita kenali sebagai wangian aroma terapi contohnya wangian lavender atau seumpamanya mampu menghilangkan stress. Tak percaya cuba try tengok…Kamu semua mesti suka akan wangi-wangian kan? Apa perasaan kamu bila terhidu sesuatu yang wangi
Menangis. Aktiviti ini sering dilakukan biasanya kaum hawa lah…Kenapa yek? Dalam kajian, dikatakan bahawa 85% stress akan hilang bersama-sama tangisan kerana sewaktu kita dalam keadaan stress, ada chemical yang terhasil daripada nya…So, bila menangis, chemical tadi akan ikut air mata tadi kuar bersama-sama. Hahaha…percaya atau tidak, tanya kaum hawa yang biasa wat keje nih.
Dengar muzik. Ada juga antara kita yang suka dengar muzik apabila stress. Tapi muzik tesebut adalah mengikut selera seseorang. Tak mungkin akan hilang stress bagi peminat R&B tetapi mendengar lagu Rap Cina. Hahah.
Berbual atau berkongsi dengan sahabat rapat. Biasanya nih yang last kita semua buat, kan! Bila stress datang jer cubalah carik sahabat yang betul2 rapat dengan kamu untuk kongsi masalah. Percaya atau tidak terpulanglah. Bila dah cerita, mulalah kawan2 akan ajak gi shopping atau makan banyak2…hehe. Release, kan? Sebenarnya bukan idea yang kita perlu mintak, cukuplah sekadar teman mendengar. Sekurang kurangnya terubat jugak hati kita.
Last but not least, DOA. …sebab apa2 yang kita buat mesti selalu igt pada NYA kerana ia adalah ujian. Mudah-mudahan kita dilapangkan dada dan minda supaya dapat berfikiran waras walaupun stress.
ada lagi nih ....
tips yang lain plak .. :))
5 Tips & Cara Menghilangkan Stress
Stress atau tekanan emosi merupakan suatu lumrah dalam kehidupan. Terdapat 2 jenis stress ini iaitu stress yang positif dan stress yang negatif. Jika stress jenis positif ini sebenarnya membawa kepada manfaat yang baik serta tidak menjadi bebanan yang terlampau serius dalam kehidupan seharian. Manakala stress yang negatif boleh membawa risiko yang buruk terhadap emosi maupun kesihatan diri. Sehubungan itu saya mengetengahkan 5 tips & cara menghilangkan stress dengan berkesan iaitu :
1 - Mulakan dengan teknik mengawal pernafasan dengan tenang dan tersusun. Bernafas adalah perkara paling asas
dalam hidup manusia, tanpa pernafasan sememangnya sukar untuk hidup di dunia ini. Oleh itu gunakan udara yang dianugerahkan tuhan ini untuk mengembalikan kesegaran di dalam minda dan jasad dengan secukupnya. Pejamkan mata dan kosongkan fikiran.. tarik nafas perlahan-lahan dan sedalam-dalamnya.. berhenti seketika sebelum menghembusnya dengan teratur. Ulang sehingga 7 kali dan ia akan memberi impak yang baik dengan oksigen yang cukup di dalam otak dan badan untuk membolehkan kita mengatur semula kehidupan.
2 - Senyum dan aktifkan
perasaan positif di minda. Ini teknik kuasa minda sejati, cara untuk aktifkan perasaan & fikiran positif ini adalah dengan senyuman dan fikirkan perkara-perkara yang menyeronokkan. Kita perlu ubah 'mindset' daripada negatif kepada positif dengan gabungan teknik visualisasi (imaginasi) & afirmasi (pernyataan positif). Sebagai contoh saya mahu berjaya dan saya impikan diri saya mendapat segalanya yang saya mahu seperti impian menjadi kenyataan, berjaya menggapai anugerah, dihormati dan dikagumi, terkenal dan mahsyur, berdiri di atas pentas mendapat tepukan gemuruh dan hebat daripada audiens serta lain-lain impian yang kita mahukan terjadi. Kita perlu ubah masalah menjadi peluang. Inilah masanya untuk kita senyum dan yakin dengan diri sendiri bahawa semua ini mampu diselesaikan dengan sabar, redha, gigih, cekal, yakin dan tawakal. Perasaan maupun fikiran positif seperti ini membolehkan kita melangkah lebih jauhdalam mengatasi apa jua masalah dalam hidup.
3 - Kenalpasti punca masalah dan buat keputusan (decision making)
dengan penyelesaian strategik. Teknik menangani masalah ini kita boleh guna konsep PDCA iaitu Plan - Do - Check -Action. Dengan perancangan yang baik dalam mengatasi masalah saya rasa kita sudah mampu untuk kembali ke arah kejayaan. 4 - Berkongsi & melepaskan tekanan dengan beransur-ansur. Sekiranya stress dan tekanan itu terlalu kuat sehingga tidak mampu dikawal lagi maka teknik 'melepas' itu boleh disalurkan ke tempat yang betul sama ada dengan bersukan jogging, tinju punching bag, main pc games, ping pong, memancing atau lain-lain hobi yang dapat menenangkan perasaan kita. Boleh juga berkongsi masalah itu dengan kaunselor maupun orang yang terdekat yang memahami kita.
5 - Kembali kepada sumber segala motivasi & inspirasi TERAGUNG.
Di sinilah yang membezakan manusia yang percaya pada tuhan dan yang sebaliknya. Di dalam Islam, Allahu Rabbul Izzati adalah sumber segala motivasi terbesar pada hambaNya. Bertuah orang-orang Islam ini dikurniakan Nabi Muhammad S.A.W serta mukjizat alQuran yang amat besar manfaatnya. Oleh itu kaum muslimin muslimat jika dihayati Islam sebagai the way of life sudah tentu kita akan menemui ketenangan dan kedamaian di dalam hati dengan zikir, solat dan segala yang diperintahkan.Sehubungan itu jangan lupa tuhan dalam kehidupan seharian, banyakkan berdoa yang baik-baik, mohondipermudahkan urusan serta minta denganNya seikhlas hati untuk berjaya di dunia dan akhirat.
No comments:
Post a Comment