~ Bakteria E. Coli >>HaRuS BaCa<< ~



Terbaru ini kita dikejutkan dengan wabak bakteria E. coli yang telah merebak di Eropah. Jadi tergerak untuk aku berkongsi mengenai bakteria ini. Mungkin ada diantara kita yang masih tidak mengetahui mengenai bakteria ini.






E. coli merupakan singkatan daripada perkataan Escherichia coli E. coli merupakan bakteria yang pada kebiasaannya mendiami perut dan usus manusia. Bakteria ini membantu mencerna makanan yang dimakan oleh manusia. E. coli ini mampu unyuk hidup dalam persekitaran dengan udara atau tanpa udara. E. coli tersebar melalui gigitan lalat ataupun serangga yang lain ataupun melalui makanan, minuman yang terbiar dan terdedah. Ini boleh mengakibatkan penyakit keracunan makanan.

Lebih  daripada 700 'serotype' E. coli telah dikenal pasti. Jenis E. coli ini dibezakan berdasarkan antigen "O" dan "H"  pada badan dan flagelanya. Serotype E. coli yang bertanggungjawab kepada kebanyakan laporan mengenai keracunan makanan atau minuman ialah E. coli yang menghasilkan toksin Shiga (Stx). Toksin ini didapati hampir sama dengan toksin yang dihasilkan oleh bakteria lain yang dikenali sebagaiShigella dysentria jenis 1. Bakteria ini turut menyebabkan penyakit cirit-birit berdarah dan sindrom uremik haemolytik (HUS) yang wujud di negara Bangladesh.


Mengikut laporan daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), wabak penyakit daripada pembawa bakteria E.Coli ini yang boleh meragut nyawa adalah wabak penyakit "sindrom uremik haemolytik" (HUS) yang berpunca daripada pencemaran bakteria "Enterohaemorrhagic Escherichia Coli" (EHEC).Wabak penyakit ini adalah satu sindrom yang bercirikan darah merah pecah dan boleh menyebabkan anemia (kurang jumlah pigmen hemoglobin yang membawa oksigen dalam darah), kegagalan ginjal akut dan kekurangan sel darah pembeku (platelet).


Simptom

Tanda-tanda seseorang itu dijangkiti wabak penyakit ialah seperti sakit perut, muntah-muntah dan cirit birit berdarah. Gejala-gejala ini juga boleh menyebabkan dehidrasi, keletihan, kelesuan, anemia, uremia ( kehadiran urea dan bahan buangan bernitrogen lain dalam darah dalam jumlah berlebihan), dan boleh mengakibatkan pendarahan. Selain itu, sebahagian kecil wabak penyakit ini turut membabitkan kanak-kanak dan warga tua yang boleh membawa kepada komplikasi yang lebih serius seperti penyakit buah pinggang pada tahap kronik.



Rawatan 

Gejala penyakit ini dapat dilihat dalam tempoh 3-8 hari. Selalunya mangsa akan sembuh dalam masa 10 hari tanpa meninggalkan sebarang komplikasi. Antibiotik dapat mengurangkan penyakit ini namun sesetengah penyelidik perubatan percaya bahawa ubat ini boleh meningkatkan risiko penghasilan pasca-diarea sindrom uremik haemolytik (D+HUS). Tiada terapi yang khusus untuk menghentikan gejala E. coli ini melainkan dengan penjagaan rapi kepada nutrisi dan penghidratan. Jumpaan terbaru mendapati E. coli O157:H7 mencepatkan pembekuan darah boleh membawa kepada terapi perubatan pada masa hadapan yang mampu mencegah kesan yang serius. Kebanyakan individu yang tidak menghasilkan D+HUS sembuh dalam masa dua minggu.

Langkah Pencegahan
  1. Amalkan gaya hidup yang bersih.
  2. Jangan benarkan anak anda berkongsi air mandian bersama-sama mereka yang mempunyai tanda-tanda cirit-birit.
  3. Jangan benarkan ahli keluarga anda memegang binatang ternakan.
  4. Pakai sarung tangan semasa menukar lampin bayi yang mengalami cirit-birit.
  5. Jangan minum minuman yang tidak mempunyai klorin.

dah gupe cam cendol :)

No comments:

Post a Comment