~ AgaR SeLaLu DiMuRaHkaN RezeKi ~



entri petang ni nak share ngn u ols sal tips untuk slaloo di murahkan rezeki ...
jgn lupa .. kesenangan .. kekayaan datangnya dari Allah S.W.T
mudah2han kita tidak lupa akanNya ye ..
jom kita share tips untuk slaloo dimurahkan rezeki ..
i/Allah .. :)


1.Bangun awal pagi sebelum masuk waktu subuh.

2.Amalkan solat sunat qobliyah subuh (2 rakaat sunat sebelum solat fardhusubuh).

3.Jangan abaikan solat wajib 5 waktu tidak ketinggalan solat jumaat(zaman sekarang ni ramai yang fail dalam hal solat jumaat. Tidak elok begitu, bukankah antara perkara yang digeruni orang kafir ialah bila melihat orang Islam berkumpul setiap minggu untuk bersolat jumaat.
Tentulah ada sesuatu hikmat besar dalam solat jumaat) >> khas utk org lelaki la .. :)) 

4.Amalkan membaca ayat yang dikenali sebagai Ayat 1000 Dinar setiap kali selepas solat fardhu, sebelum pergi ke pejabat atau tempat kerja, dansebelum tidur. Bacalah sebanyak 3 atau 5 atau 7 kali. Hanya orang-orang yang mengamalkannya yang dapat memperihalkan kemujaraban ayat ini.Subhanallah.

5.Mengeluarkan zakat serta bersedekah kepada fakir miskin.

6. Menjaga makan minum supaya jangan bercampur dari sumber yangharam dan syubhat, agar doa mudah dikabulkan Allah.

7. Sentiasa berterima kasih pada Allah atas apa-apa yang kita miliki.Sesiapa yang bersyukur nescaya Allah tambahkan lagi nikmat (sesiapa yang kufur nescaya azab pedih menanti di alam kubur).

8.Sebelum tidur selepas membaca doa (doa sebelum tidur), berbicaralah dalam hati: Ya Allah, terima kasih atas segala kurnia Mu hari ini, makanminum, pakaian, pekerjaan, keselamatan dan semua nikmat yang tidakdapat ku hitung. Kumohon agar Engkau menambahkan lagi kenikmatanitu besok hari. Dan kumohon maafkanlah segala dosa-dosaku.


kita sama2 amalkan ayat 1000dinar ni ye..
mudah2han kita sama2 sentase di murahkan rezeki ..
amin ..

No comments:

Post a Comment