~ Rumahtangga Yang Sempurna Menurut Perspektif Islam ~



 entry petang ni Fiza nak share ngn u oolls pada yang dah kawen @ yang nak kawen @ tunang org @ gefren org..dan terbuka la kt sesiapa pun..cz ilmu..so utk sesiapapun buleh...   :)


sama2 la kite renung2kan...
hehe...slamat beramal... :)

Perkahwinan dan Kasih Sayang

Hubungan kasih sayang antara suami isteri adalah di antara tanda-tanda kebesaran dan rahmat yang dianugerahkan oleh Allah swt kepada kaum manusia. Allah swt telah berfirman dalam Surah al-Rum 30:21:
Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu pasangan-pasangan dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan.
Al-Qur'an menganggap perkahwinan sebagai "perjanjian yang kuat" (Surah an-Nisa 4:21) dan ayat di atas mengajar kita bahawa ia adalah berasaskan perasaan kasih sayang dan kebaikan hati. Kesejahteraan rumahtangga timbul dari sikap saling hormat-menghormati, berlaku adil, bertolak-ansur dan berbelas kasihan antara kedua-dua pasangan perkahwinan itu.


Dalam masyarakat tradisional, peranan para suami dan bapa diletakkan sebagai penyara nafkah rumah tangga, manakala para isteri dan ibu pula berperanan sebagai suri rumah tangga. Kini keadaan masyarakat sudah berubah. Pada realitinya sekarang, ramai para suami, terutamanya dari golongan berpendapatan rendah dan sederhana, tidak lagi memainkan peranan sebagai penyara nafkah yang tunggal dalam keluarganya, dan ramai para isteri tidak lagi memainkan peranan sebagai suri rumah sahaja. Sebaliknya, ramai isi rumah golongan sederhana kini bergantung kepada sumbangan kewangan daripada pasangan suami isteri kedua-duanya.


Dalam konteks kehidupan masa kini di mana kedua-dua pasangan bekerja di luar rumah untuk menyara keluarga, masyarakat harus menilai kembali hak dan tanggungjawab suami isteri. Yakni satu penilaian yang mengimbangkan hak dan tanggungjawab masing-masing kerana ajaran Islam menganjurkan keharmonian, kesaksamaan dan keadilan dalam hubungan keluarga. Sepertimana firman Allah dalam Surah an-Nisa 4:19: "Hai orang-orang yang beriman … bergaullah kamu (para suami) dengan mereka (para isteri kamu) dengan cara yang baik". Dan lagi dalam Surah al-Baqarah 2:187, "mereka (istermu) itu adalah sebagai pakaian bagi kamu dan kamu pula pakaian bagi mereka." Melalui ungkapan-ungkapan ini al-Quran jelas menekankan keharmonian material dan moral kehidupan berkeluarga.


Ini merupakan suatu cabaran masakini yang perlu dihadapi dengan kefahaman dan tindakan yang sewajarnya. Kurangnya kefahaman mengenai asas hubungan suami isteri telah membebankan pihak isteri dalam keadaan realiti masakini. Adalah tidak adil jika suami mempunyai jangkaan dan tuntutan yang tidak realistik dan bertimbang rasa - di samping isteri bekerja di luar rumah untuk membantu kewangan keluarga, isteri juga perlu membuat semua kerja rumah, mendidik anak, berdandan rapi dan bersedia untuk memuaskan suami di dalam kamar pada setiap masa. Sebaliknya suami membantu isteri membuat kerja rumah bukanlah sesuatu yang janggal atau bertentangan dengan ajaran agama. Malah ia adalah mengikut Sunnah Rasulallah (s.a.w) yang mana riwayat menunjukkan bahawa Nabi Muhammad (s.a.w.) sendiri membantu isteri membuat kerja rumah termasuk menjahit dan membasuh baju, walaupun baginda adalah Rasulullah (s.a.w) dan juga memegang peranan sebagai ketua pentadbir negara di Madinah.


Keluarga bahagia dibina berteraskan sifat-sifat kasih sayang, tolak-ansur, timbang-rasa dan saling hormat-menghormati. Kemusykilan dan masalah yang timbul di dalam keluarga haruslah diselesaikan dengan berbincang untuk mencapai persefahaman. Bak kata pepatah, lidah dan gigi lagikan tergigit. Apabila tergigit, berundinglah secara rasional dan terbuka supaya keputusan tidak berat sebelah dan mencemarkan kasih sayang.


Perkahwinan adalah satu tanggungjawab dan amanah yang harus dipikul oleh pasangan yang berkahwin. Demi melindungi hak serta memerabatkan kedudukan isteri, Rasulullah s.a.w. telah bersabda seperti yang diriwayatkan oleh Ibn Majah, Abu Daud dan Ahmad, "Takutlah kamu kepada Allah dalam menghadapi wanita, kerana kamu menerima isteri berdasarkan amanah Allah". Pasangan yang berkahwin bukan sahaja pemegang amanah Allah tetapi juga pemegang amanah keluarga yang telah merestui perkahwinan mereka dan amanah pasangannya yang telah memilihnya sebagai teman hidup.

No comments:

Post a Comment